
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri mendedahkan kadar kesuburan jumlah (TFR) di Malaysia menunjukkan trend penurunan sejak tahun 2013.
Jelas beliau, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (ESCAP) melalui 2024 ESCAP Population Data Insights, kebanyakan negara asia pasifik sememangnya kini mencatatkan TFR di bawah 2.1 kadar penggantian.
Malaysia hanya pernah mencapai kadar TFR tertinggi pada tahun 2011 dan 2012 iaitu 2.2 sepanjang tempoh 15 tahun.
Namun, bagi tahun-tahun lain, kadar TFR menunjukkan trend penurunan dan sekaligus turut mempengaruhi kadar kelahiran di Malaysia.
Antara sebab yang menyebabkan kadar kesuburan menurun adalah masalah kewangan dan lambat berkahwin.
Baca Artikel Berkaitan: Masalah Kewangan & Sukar Cari Pasangan Antara Faktor Kadar Kesuburan Di Malaysia Menurun
Pasangan Suami Isteri Diseru Jalani Rawatan Kesuburan
Terbaharu, Nancy yang juga merupakan Ahli Parlimen Santubong menggesa agar pasangan suami isteri di Malaysia tidak malu untuk mendapatkan rawatan kesuburan.
Ini kerana perasaan sebegitu boleh menyukarkan ikhtiar dan hasrat mereka untuk menimang cahaya mata.
Jelas Nancy, pasangan suami isteri digalakkan untuk menjalani rawatan agar tahap kesuburan dapat ditingkat sekaligus membantu menambah populasi kadar kelahiran di Malaysia.
“Stigma masyarakat sering mengaitkan masalah kesuburan dan susah nak mengandung dengan wanita sedangkan sebenarnya lelaki juga boleh menjadi punca pasangan sukar mendapat zuriat.
“Maka pasangan yang menghadapi masalah kesuburan tidak perlu malu untuk tampil mendapatkan rawatan,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.
Kerajaan Ada Sediakan Peruntukan Untuk Rawatan Kesuburan
Tambahnya lagi, kerajaan melalui Belanjawan 2025 telah memperuntukkan sebanyak RM6 juta bagi menampung dua kitaran rawatan kesuburan permanian beradas (IUI) khusus untuk 1,300 pasangan yang layak secara percuma dan kempen advokasi infertiliti.
Malah, kerajaan turut berharap agar program dan subsidi rawatan kesuburan menerusi Program Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Infertiliti (BuAI) dapat membantu lebih ramai pasangan dalam merealisasikan hasrat mereka untuk membina keluarga.
Jelas Nancy, program tersebut dilaksanakan bagi meningkatkan akses dan kemudahan kepada pasangan suami isteri yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang RM10,000 sebulan.
Pasangan juga perlulah belum pernah menerima sebarang bantuan kewangan dari mana-mana agensi untuk menjalani rawatan.
Beliau berkata demikian ketika pelancaran BuAI di Pusat Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) semalam (26 Februari).
Dalam majlis pelancaran itu juga, Nancy turut mengumumkan kehamilan pertama menerusi program bantuan tersebut pada 18 Februari lalu.
Keadaan itu membuktikan bahawa program BuAI mampu memberi sokongan kepada pasangan yang menghadapi masalah kesuburan.
Info Tentang Program BuAI
Buat pasangan yang layak, inisiatif program ini boleh didapati melalui temu janji di empat Klinik Subfertiliti LPPKN dan Klinik Fertiliti LPPKN (Full Paying Patient) seperti berikut:
- Klinik Subfertiliti LPPKN Kuala Lumpur (03-26040081/0128)
- Klinik Subfertiliti LPPKN Johor (07-5588204)
- Klinik Subfertiliti LPPKN Sarawak (08-2374677)
- Klinik Subfertiliti LPPKN Pulau Pinang (04-5755215)
- Klinik Fertiliti Full Paying Patient (FPP) (011-6066 6021)
SIARAN MEDIA KPWKM LANCAR BANTUAN RAWATAN KESUBURAN (IUI) PERCUMA KEPADA 1,300 PASANGAN YANG LAYAK #lppkn #kitakankeluarga #kasihkeluarga #lebihawallebihbaik
Posted by Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara on Wednesday 26 February 2025
Baca Artikel Berkaitan: Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023
Source:


![“Semua Stylish!” – Pelancong Dari Indonesia Terpegun Lihat Gaya Tudung Wanita Di Malaysia [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/women-fashion.jpeg)
![Baru Umur 6 Tahun, Aksi Kanak-Kanak Menari Tradisional Ikut Rentak Lagu Buat Ramai Kagum [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)

![Siap Buat Persembahan, Wanita Teruja Lihat Chef & Staf Menari Ketika Sediakan Makanan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)