Pendeposit TH tidak perlu bimbang, urusan zakat dilaksana ikut syarak - Dr Zulkifli

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 1:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pendeposit TH tidak perlu bimbang, urusan zakat dilaksana ikut syarak - Dr Zulkifli
Zulkifli ketika memberi penerangan pada sesi khas Dewan Rakyat berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH, pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) tidak perlu bimbang mengenai status pelunasan zakat kerana kewajipan itu telah dilaksanakan dengan sempurna dan berlandaskan hukum syarak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menjelaskan, Jawatankuasa Penasihat Syariah (JPS) TH telah memutuskan bahawa pembayaran zakat bagi pihak pendeposit sebelum konsep wakalah diperkenalkan pada 2019 adalah sah serta selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.

"Keseluruhan operasi dan tadbir urus zakat TH adalah berpandukan Garis Panduan Zakat, telah diluluskan dan dipantau oleh JPS TH yang dianggotai pakar-pakar syariah dan kewangan Islam.

"JPS TH dalam mesyuarat pada 2 September 2020 berpandangan bahawa status pembayaran zakat bagi pendeposit pada tahun-tahun sebelum konsep wakalah adalah sah dan mematuhi hukum syarak,” katanya ketika memberi penerangan pada sesi khas Dewan Rakyat berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH, pada Selasa.

Menurut Zulkifli, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 3 Mei 1979 turut menetapkan bahawa TH ialah institusi yang tidak wajib zakat ke atasnya, namun berkewajipan membayar zakat bagi pihak pendeposit.

Malah ujarnya, TH juga telah menunaikan kewajipan tersebut secara konsisten selaras dengan ketetapan berkenaan.

[VIDEO] 'Tiada aset TH dijual kepada golongan bukan Islam atau China' - Menteri Agama

Lima kali BNM beri amaran kepada TH, bimbang kesan bayaran agihan untung tinggi - Dr Zulkifli

Berhubung pembayaran zakat bagi tahun-tahun semasa kontrak Wadiah Yad Damanah digunakan dari tempoh 2016 hingga 2019, beliau menegaskan, zakat yang dikeluarkan adalah zakat perniagaan (secara khultah) bagi pihak pendeposit ke atas kumpulan wang pendeposit diniagakan.

Sementara itu mengenai syor RCI berkaitan perubahan dasar dari aspek pengurusan haji terutamanya kelayakan haji dan tempoh menunggu giliran, Zulkifli berkata, TH kini berada pada peringkat akhir memperhalusi penambahbaikan polisi pengurusan haji sebelum ia diumumkan dalam masa terdekat.

"Penambahbaikan akan melibatkan pelan menunaikan haji yang lebih jelas, terancang dan sistematik sejajar dengan konsep istito'ah atau kemampuan dan penekanan kepada kesiapsiagaan awal," ujarnya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved