Jangan tunggu tragedi kedua, hentikan khidmat helikopter model sama

LocalPolitics
9 Sep 2026 • 9:32 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

long lellang

PETALING JAYA: Penggunaan semua helikopter daripada model sama dengan pesawat yang terlibat dalam tragedi nahas Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Sarawak wajar dihentikan sementara sehingga punca sebenar kejadian dikenal pasti dan disahkan pihak berkuasa.

Ahli Dewan Negara, Dr. Lingeshwaran R. Arunasalam berkata, langkah itu penting bagi memastikan keselamatan doktor, jururawat, pegawai Kementerian Kesihatan, juruterbang serta masyarakat di kawasan pedalaman yang bergantung kepada perkhidmatan berkenaan.

Menurut beliau, meskipun operasi FDS dijalankan syarikat swasta menerusi kontrak kerajaan, tanggungjawab kerajaan untuk memastikan keselamatan penerbangan tidak boleh dilepaskan.

“Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan mana-mana syarikat kontraktor menggunakan pesawat yang mematuhi piawaian keselamatan dan penerbangan tertinggi.

“Langkah berjaga-jaga mesti diambil sekarang tanpa menunggu tragedi kedua berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat penerbangan, helikopter yang terlibat, BO-105 dengan pendaftaran 9M-LLF, bukan pesawat baharu sebaliknya pesawat terpakai yang telah melalui proses baik pulih.

Katanya, pesawat itu dibina sekitar 1991 di Jerman dengan nombor siri S-867 dan pernah beroperasi di bawah beberapa pendaftaran di luar negara termasuk Jerman, Amerika Syarikat dan Afrika Selatan sebelum digunakan di Malaysia.

“Untuk rekod, pengeluaran model BO-105 dihentikan sepenuhnya pada 2001, menjadikan pesawat ini berusia sekitar 35 tahun dengan sejarah operasi melebihi tiga dekad,” katanya.

Lingeshwaran berkata, sekiranya siasatan mendapati faktor usia, rekod penyelenggaraan atau keadaan pesawat terpakai mempunyai kaitan dengan nahas, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap syarikat swasta terbabit.

Beliau turut menggesa kerajaan menilai semula penggunaan helikopter lama dan memastikan syarikat kontraktor menggantikannya dengan pesawat lebih moden serta sesuai.

“Nyawa manusia tidak boleh dinilai berdasarkan kos kontrak mahupun keuntungan operasi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga empat warga KKM dan seorang juruterbang yang terkorban dalam tragedi berkenaan.

Beliau turut mendoakan agar keluarga mangsa, rakan sekerja serta seluruh warga KKM diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan tersebut.

The post Jangan tunggu tragedi kedua, hentikan khidmat helikopter model sama appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved