Nelayan keluar tangkap udang dikhuatiri lemas

12 Sep 2026 • 3:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nelayan keluar tangkap udang dikhuatiri lemas

KUALA PERLIS – Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke laut ketika menangkap udang menggunakan bubu naga di perairan Sungai Baru berdekatan Batu Layang, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, mangsa, Khairul Amir Bahroom, 33, dikatakan terjatuh ke laut ketika bersama abangnya berusia 39 tahun yang juga nelayan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika dua beradik itu sedang melakukan aktiviti menangkap udang di kawasan tersebut.

“Semasa sedang membuat kerja di perairan Sungai Baru berdekatan Batu Layang, tiba-tiba lelaki berusia 33 tahun telah terjatuh ke dalam laut tanpa memakai jaket keselamatan.

“Abangnya cuba melihat dan mencari di sekitar kawasan permukaan laut, namun mendapati mangsa tidak timbul,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa dipercayai lemas dan masih belum ditemukan setakat ini.

“Operasi pencarian melibatkan 51 anggota daripada Polis Diraja Malaysia, Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam (APM),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Nelayan keluar tangkap udang dikhuatiri lemas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved