Jasad remaja lemas di Sungai Kelantan ditemukan 51 km di Machang

14 Aug 2026 • 4:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jasad remaja lemas di Sungai Kelantan ditemukan 51 km di Machang
Jasad Muhamad Rayyan ditemui selepas operasi mencari selama empat hari oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat di sekitar Sungai Kelantan.

KUALA KRAI - Selepas empat hari, jasad seorang lagi remaja lemas di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Aur Duri di sini akhirnya ditemukan pada Jumaat di sungai di Machang sejauh 51 kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penguasa Bomba Kanan Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, jasad Muhamad Rayyan Hakimie Mohd Yusmiza, 14, ditemukan orang awam  di tepi sungai di Kampung Bandar Pulai Chondong, Machang, pada jam 2.50 petang.

“Mayat mangsa ditemukan pada jarak 51 kilometer dari lokasi dia dipercayai lemas di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Aur Duri, Kuala Krai.

“Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Akhbar sebelum ini melaporkan, kegembiraan lima sabahat mandi sungai Selasa lalu bertukar tragedi apabila dua daripada mereka lemas dalam kejadian jam 6.39 petang itu.

Rakan mangsa, Muhammad Lut Na’iman Mohd Noor Aziron, 14, terlebih dahulu ditemukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada jam 9.10 pagi, Rabu lalu, kira-kira 50 meter dari lokasi kedua-dua remaja dipercayai terjatuh ke dalam sungai.

Menurut Nik Ahmad Afsham, operasi SAR membabitkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Penyelamat di Air, Polis Diraja Malaysia, Pasukan Bomba Sukarela, Unit K9 serta penduduk setempat.

“Penemuan ini mengakhiri operasi SAR yang bermula Selasa lalu,” katanya.

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved