Jasad Tiga Beranak Masih Terpelihara Walau Proton S70 Remuk Teruk

LocalCars
2 Sep 2026 • 12:53 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Walaupun keadaan Proton S70 putih itu remuk teruk selepas dihimpit dua kenderaan berat, pasukan bomba memaklumkan jasad tiga mangsa yang maut masih dalam keadaan terpelihara.

Kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.3 Lebuhraya Pantai Timur 1 arah timur dekat Lanchang, Temerloh pada Isnin itu meragut nyawa pasangan suami isteri serta seorang kanak-kanak.

Kereta dihimpit treler dan bas

Image from: Jasad Tiga Beranak Masih Terpelihara Walau Proton S70 Remuk Teruk
Kredit Foto: Sosial media

Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Pahang, Mohd. Salahuddin Isa, kedudukan Proton S70 yang terperangkap di antara sebuah treler membawa muatan simen dan bas ekspres membuatkan operasi mengeluarkan mangsa menjadi lebih sukar.

Pasukan penyelamat terpaksa mengalihkan bas tersebut terlebih dahulu sebelum boleh mendapatkan mangsa yang tersepit di dalam kereta.

Kereta berkenaan berada di antara treler dan bas, menyebabkan kita terpaksa menarik bas tersebut ke hadapan barulah proses mengeluarkan mangsa tersepit daripada kereta.- Katanya.

Dua mangsa ditemui tersepit di bahagian hadapan kereta, manakala kanak-kanak berkenaan berada di antara tempat duduk depan dan belakang.

Jasad mangsa masih terpelihara.

Image from: Jasad Tiga Beranak Masih Terpelihara Walau Proton S70 Remuk Teruk
Kredit Foto: Bomba

Walaupun mengalami kecederaan parah dalam keadaan kereta yang remuk, Mohd. Salahuddin berkata jasad mangsa tidak mengalami keadaan seperti digilis kenderaan.

Mangsa mengalami kecederaan parah dan tersepit, bagaimanapun alhamdulillah jasad mereka Allah jaga, tidak seperti digilis kenderaan.- Katanya.

Bomba tiba di lokasi pada pukul 11.24 malam sebelum operasi berakhir pada pukul 2.50 pagi selepas semua mangsa berjaya dikeluarkan.

Operasi membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab, Temerloh dan Karak serta Zon 2 JBPM Pahang. Pasukan penyelamat turut mendahulukan mangsa yang masih hidup sebelum meneruskan usaha mengeluarkan tiga mangsa yang telah meninggal dunia.

The post Jasad Tiga Beranak Masih Terpelihara Walau Proton S70 Remuk Teruk appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved