Jaya Grocer, HYROX Malaysia jalin kerjasama strategik

LocalHealth & Fitness
5 Aug 2026 • 7:45 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jaya Grocer, HYROX Malaysia jalin kerjasama strategik

PETALING JAYA: Jaya Grocer, HYROX Malaysia menjalinkan kerjasama strategik sebagai Rakan Pasar Raya Rasmi Kebangsaan sekali gus memperkukuh usaha mempromosikan gaya hidup sihat menerusi gabungan pemakanan berkualiti dan kecergasan berprestasi tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Daniel Teng berkata, syarikat percaya kesejahteraan bermula daripada pilihan harian pengguna, bukan sekadar mengekalkan gaya hidup aktif, malah mendapatkan makanan berkualiti yang menyokong pelbagai keperluan pemakanan.

“Melalui kerjasama bersama HYROX Malaysia, kami berharap dapat menggabungkan aspek pemakanan, kecergasan dan pengalaman komuniti yang dapat menggalakkan rakyat Malaysia meneroka gaya hidup aktif mengikut cara mereka sendiri,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kerjasama itu turut disokong dengan pelancaran Seksyen Kecergasan & Kesejahteraan yang menawarkan pengalaman membeli-belah khusus bagi memudahkan pelanggan mendapatkan produk yang memenuhi keperluan gaya hidup aktif.

Menurutnya, seksyen berkenaan kini ditawarkan di tujuh cawangan terpilih Jaya Grocer dengan menampilkan lebih 250 unit simpanan stok (SKU) daripada jenama tempatan dan antarabangsa merangkumi pemakanan sukan, minuman protein, hidrasi, makanan berfungsi, keperluan pemulihan serta produk kesejahteraan.

Katanya, Jaya Grocer turut merancang untuk memperluaskan penawaran Seksyen Kecergasan & Kesejahteraan ke lebih banyak cawangan pada masa hadapan selain terus menyediakan hasil segar, protein berkualiti dan bahan masakan harian kepada pelanggan.

Majlis pelancaran kerjasama tersebut disempurnakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol bersama barisan pengurusan Jaya Grocer, sekali gus menandakan bermulanya kerjasama rasmi antara kedua-dua pihak dalam memperkukuh budaya hidup sihat dan aktif di Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Urusan HYROX APAC, Gary Wan berkata, HYROX direka sebagai sukan untuk semua tanpa mengira tahap kecergasan, sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai individu mencabar diri dan mengamalkan gaya hidup lebih sihat.

“Kerjasama Jaya Grocer mencerminkan komitmen bersama dalam menyokong perkembangan kecergasan, kesejahteraan diri dan komuniti yang lebih kukuh, di samping menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk bergerak aktif, mencabar diri dan menjalani kehidupan yang lebih sihat serta aktif,” katanya. – UTUSAN

The post Jaya Grocer, HYROX Malaysia jalin kerjasama strategik appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved