JBPM perkukuh aset operasi hadapi Super El Nino

LocalEnvironment
6 Aug 2026 • 3:40 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: JBPM perkukuh aset operasi hadapi Super El Nino

PETALING JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengambil langkah mempercepatkan penempatan pam jentera bomba serta kenderaan utiliti operasi ringan pacuan empat roda sebagai antara persiapan menghadapi cuaca panas.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, ia juga sebagai langkah siap siaga susulan jangkaan fenomena Super El Nino di rantau Pasifik pada penghujung November ini sebelum memberi kesan kepada Malaysia sekitar Januari tahun depan,

“Persiapan utama yang kami buat adalah menyegerakan bekalan kepada dua item utama iaitu pam jentera bomba.

“Kami telah bekalkan 80 yang pertama, kemudian kami akan tambah lagi 40 penghujung bulan ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Sukan Bomba (Suknom) 2026 di ibu negara hari ini.

Nor Hisham berkata, bagi kenderaan utiliti ringan pula, sebanyak 200 unit telah diterima dan akan digunakan sebagai pasukan respons awal bagi kebakaran hutan berskala kecil.

“Pasukan ini akan bergerak lebih awal untuk membuat tinjauan, membuka laluan dan memadam kebakaran sekiranya keadaan masih terkawal sebelum bantuan tambahan tiba,” katanya.

Menurutnya, pertambahan aset tersebut dijangka dapat meningkatkan kecekapan JPBM khususnya sepanjang Monsun Barat Daya dan ketika negara berdepan cuaca panas.

Katanya, JBPM turut menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan pembakaran terbuka bagi mengelakkan daripada situasi yang tidak diingini berlaku.

“Jika orang ramai mengesan kebakaran walaupun dalam skala kecil, segera hubungi pihak bomba supaya tindakan awal dapat diambil sebelum api menjadi lebih besar,” katanya.

Terdahulu, beliau merasmikan Sukbom 2026 yang menghimpunkan 1,384 peserta termasuk kontinjen dalam 11 acara sukan.

Menurutnya, kejohanan itu turut menjadi platform pemilihan atlet JBPM yang akan mewakili negara ke Sukan Polis dan Bomba Dunia 2027 di Perth, Australia berdasarkan prestasi masing-masing.-UTUSAN

The post JBPM perkukuh aset operasi hadapi Super El Nino appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved