JDT rekodkan 1,400 jaringan sejak 2013

FootballSports
29 Oct 2026 • 4:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: JDT rekodkan 1,400 jaringan sejak 2013
Stoickhov meledak gol ke 1,400 JDT pada aksi ACLE menentang Port FC.

KELAB Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) merekodkan jaringan ke-1,400 dalam semua kejohanan sejak era penstrukturan kelab berkenaan pada 2013.

Jaringan itu dilakukan Harimau Selatan menerusi kemenangan bergaya 3-0 ke atas wakil Thailand, Port FC dalam aksi Peringkat Liga Zon Timur saingan Liga Juara-Juara AFC Elite (ACLE).

Jaringan ke-1,400 itu disempurnakan oleh Stoickhov pada minit ke-86 perlawanan.

Lebih manis, sentuhan penyudah itu turut menjadi gol sulung pemain kelahiran Sepanyol berkenaan di pentas tertinggi Asia sejak menyertai skuad Harimau Selatan pada musim ini.

Selain rekod gol, JDT juga sebelum ini mencipta sejarah menjadi kelab yang belum tewas dalam saingan Liga Super dengan kali terakhir kalah kepada Terengganu FC pada 2021.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved