Jemaah Menteri setuju dedah laporan RCI TH, siasatan diteruskan

LocalPolitics
29 Jul 2026 • 3:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jemaah Menteri setuju dedah laporan RCI TH, siasatan diteruskan

PETALING JAYA – Jemaah Menteri bersetuju supaya Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020 diklasifikasikan semula dan didedahkan kepada umum hari ini, selain akan dibentangkan dalam sidang khas Dewan Rakyat dalam masa terdekat.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selepas Jemaah Menteri menerima taklimat daripada pengurusan tertinggi TH dan memperhalusi kandungan laporan berkenaan.

Menurutnya, laporan tersebut mengandungi 25 syor penambahbaikan dan sehingga kini, pihak pengurusan TH telah berjaya melaksanakan 75 peratus daripada syor yang dikemukakan.

“Jemaah Menteri turut mengambil maklum bahawa TH telah mengumumkan kadar agihan keuntungan sebanyak 3.5 peratus bagi tahun kewangan 2025, sekali gus menunjukkan pengurusannya kini berada dalam keadaan lebih baik,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, Jemaah Menteri memutuskan supaya siasatan penuh oleh badan-badan penguat kuasa berdasarkan dapatan dalam laporan tersebut diteruskan serta-merta.

Katanya, mana-mana pihak yang didapati melakukan pelanggaran undang-undang akan dibawa ke muka pengadilan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. – KOSMO! ONLINE

The post Jemaah Menteri setuju dedah laporan RCI TH, siasatan diteruskan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved