Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumi

4 Oct 2026 • 10:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumi

BATU PAHAT, 4 OKT: Jenazah Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, mangsa dalam kejadian bunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Arshad di sini pada kira-kira 7.50 malam ini.

Terdahulu, jenazah pelajar Tingkatan Empat itu dibawa ke kediaman neneknya di Kampung Parit Selamat, Yong Peng pada kira-kira 6.30 petang selepas proses bedah siasat di Hospital Sultanah Nora Ismail di sini selesai.

Lebih 100 ahli keluarga, saudara-mara, rakan sekolah, guru dan penduduk setempat turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan bagi memberi penghormatan terakhir.

Semalam, remaja berkenaan ditemukan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di dewan sekolah terbabit pada kira-kira 5.50 petang.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata mangsa mengalami beberapa kecederaan pada bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Polis kemudian menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di sekitar Yong Peng kira-kira 7 malam pada hari sama sebelum memperoleh perintah reman selama enam hari hingga 9 Okt bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala motif dan punca kejadian masih dalam siasatan polis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved