Jenazah Mangsa Kemalangan Dengan Lori Tangki Di LPT Sempurna

2 Sep 2026 • 11:28 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Jenazah Mangsa Kemalangan Dengan Lori Tangki Di LPT Sempurna

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada 31 Ogos berlaku kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 arah Timur di Lancang sekitar jam 10.55 malam.

Kemalangan tersebut turut meragut empat nyawa selepas sebuah lori tangki yang membawa muatan simen dipercayai hilang kawalan sebelum bertindak melanggar beberapa kenderaan lain yang bergerak perlahan di lebuhraya berkenaan, lapor Utusan.

Antara kenderaan yang terlibat adalah:

  • Lori tangki
  • Sebuah bas ekspress
  • Sembilan kereta (dua Proton Saga, Dua Produa Myvi, Toyota Alphard, Proton S70, Honda CRV, Toyota Hilux dan Perodua Aruz)

Wanita sifatkan jenazah mangsa 3 beranak terlibat kemalangan di LPT 1 dengan lori tangki sempurna

Susulan itu, kemalangan tersebut turut mendapat perhatian orang ramai yang bersimpati dengan nasib menimpa mangsa khususnya tiga beranak dalam Proton S70 iaitu pemandu, Muhammad Nazatullah Nazmi, isteri, Nur Atiqah Sofiya Mohd. Kazwan dan anak lelakinya yang berusia empat tahun disebabkan insiden terbabit.

Perkara itu disebabkan kenderaan yang dinaiki oleh mangsa remuk teruk.

Memetik Sinar Harian, seorang pengguna Threads yang dikenali sebagai @fatihahkichee memaklumkan jenazah dalam keadaan sempurna berdasarkan cerita daripada ibu saudara daripada salah seorang mangsa.

“Ramai tertanya-tanya keadaan jenazah sebab tengok kereta macam tu. Subhanallah kuasa Allah, seperti yang dikatakan mak cik arwah, jenazah sempurna,” katanya.

Ramai yang datang untuk solat jenazah

Bahkan dia turut berpendapat jenazah tiga beranak itu seperti dilindungi oleh Allah SWT selain menyifatkan ramai yang hadir ketika solat jenazah dilakukan.

“Lautan manusia hadir untuk solat jenazah. Ramai sangat MashaAllah. Syurga buat arwah Sofiya, Naza dan Arman.

“Punya lah ramai yang datang solat jenazah. Sampai tak muat saf. MashaAllah, kematian yang dicemburui.

“Apa lah amalan arwah, habis ke solat jenazah hujan lebat-selebatnya. Masa nak masukkan dalam van jenazah hujan berhenti. Syurga Firdaus tempat arwah,” jelasnya lagi.

View on Threads

Sebelum ini Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob juga memaklumkan seorang individu lagi yang maut dalam kemalangan tersebut adalah penumpang Honda CR-V, Seow Beng Wain yang berusia 55 tahun manakala anaknya, Sebastian Seow Jhen, 18 yang merupakan pemandu kenderaan itu parah.

Arwah sempat kongsi foto keceriaan ketika saksikan acara perbarisan

Terdahulu bapa kepada Nur Atiqah Sofiya iaitu Mohd Kazwan Kassim, 59, memaklum anaknya bersama suami dan anak mereka telah berkunjung ke ibu negara untuk menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya, lapor Berita Harian.

Malah mereka juga sempat berkongsi foto mengambarkan keceriaan ketika menyaksikan acara perbarisan pada 31 Ogos.

“Saya pesan kepada semua anak jika henda pergi ke mana-mana jangan maklum waktu hendak memulakan perjalanan, tetapi hanya maklum bila sudah sampai.

“Jadi saya tidak tahu bila mereka pulang dari Putrajaya ke Kuantan tetapi pagi tadi saya di media sosial ada kemalangan di Temerloh dan awalnya tidak sangka anak, menantu serta cucu jadi mangsa.

“Kira-kira jam 7 pagi ada kawan maklum anak saya terbabit dalam kemalangan dan bila saya tengok video kenderaan warna putih dalam nahas itu jadi sah anak saya,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved