“Jenis tak reti bahasa” – [VIDEO] Pelanggan Selamba Letak Anak Anjing Atas Meja Kedai Mamak

Entertainment
16 Mar 2023 • 4:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu video tular menunjukkan seorang pelanggan dengan selamba meletakkan seekor anak anjing di atas meja, di sebuah kedai makan. Perbuatan itu dirakam oleh seorang wanita yang turut berada di kedai yang sama.

 

Anjing atas meja kedai makan mamak

Apa yang menjadi perhatian adalah dikatakan kedai makan tersebut merupakan kedai mamak dimana biasanya menjadi tempat pilihan ramai terutamanya orang yang beragama islam. Sudah pastinya ia mencetuskan rasa bimbang orang ramai.

Dakwa wanita ini, pelanggan itu meletakkan anak anjing tersebut di atas meja selepas meletakkannya di atas kerusi.

Dalam video yang berdurasi 30 saat itu, dilihat ada pasangan sedang bermain dengan anak anjing tersebut. Biarpun waktu dan lokasi masih belum dikenal pasti, ramai netizen yang marah dengan tindakan lelaki tersebut. Ada juga netizen yang mempersoal sama ada pemilik kedai makan itu ada membuat teguran ataupun tidak.

image is not available image is not available

Hurm, apapun diharap perkara macam ini tak berulang lagi supaya tidak wujud persengketaan antara kaum.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.