JERAWAT BELAKANG BADAN KENAPA SUSAH SANGAT NAK HILANG?
Jerawat bukan hanya berlaku di muka. Bahagian belakang dan bahu juga mempunyai banyak kelenjar minyak, sebab itu sesetengah orang mengalami “bacne” yang berulang-ulang sehingga meninggalkan tompok hitam dan parut.
Ia juga bukan semestinya kerana badan kotor.
Jerawat bermula apabila minyak (sebum) dan sel kulit mati menyumbat folikel rambut. Apabila folikel tersumbat, bakteria yang memang hidup pada kulit boleh menyumbang kepada keradangan.
Masalah ini boleh menjadi lebih teruk apabila belakang sering berpeluh dan tertutup lama.
Contohnya memakai baju sukan basah terlalu lama, pakaian terlalu ketat, beg galas yang sentiasa bergesel pada bahu dan belakang atau tidak mandi selepas aktiviti fizikal.
.
Produk rambut seperti conditioner, hair oil atau produk badan yang terlalu berminyak juga boleh menyumbang jika kerap terkena belakang.
Perubahan hormon, sesetengah ubat dan penggunaan anabolic steroid pula boleh menyebabkan acne menjadi lebih teruk.
Satu lagi perkara yang ramai lakukan ialah scrub kuat-kuat dan picit jerawat kerana mahu cepat hilang.
Malangnya, ini boleh menambahkan keradangan dan meningkatkan risiko tompok hitam, parut berlubang serta keloid.
.
Apa yang boleh cuba sendiri?
Untuk acne badan yang ringan, boleh mulakan dengan body wash yang mengandungi benzoyl peroxide. Cari body wash dengan benzoyl peroxide 2.5–5% atau salicylic acid. Contoh: PanOxyl 4% / CeraVe SA.
Produk sebegini boleh didapati di farmasi. Benzoyl peroxide mungkin menyebabkan kulit kering dan boleh melunturkan warna tuala atau pakaian.
Dalam masa sama, ubah rutin harian.
Mandi dan tukar pakaian selepas banyak berpeluh. Jangan duduk berjam-jam dengan baju sukan yang basah. Pilih pakaian yang lebih longgar dan breathable.
Basuh tuala, cadar dan pakaian sukan secara berkala. Elakkan body oil atau produk yang mudah menyumbat pori jika jerawat kerap berlaku.
Dan paling penting jangan picit.
.
Rawatan jerawat bukan overnight. Biasanya perlu sekitar 8–12 minggu untuk menilai sama ada sesuatu regimen benar-benar membantu.
.
Bila perlu jumpa doktor?
Dapatkan pemeriksaan jika jerawat menjadi besar, dalam, sangat sakit atau banyak bernanah, semakin meluas, mula meninggalkan parut atau keloid, atau masih tidak bertambah baik selepas beberapa minggu rawatan yang konsisten.
Kes acne yang sederhana hingga teruk mungkin memerlukan ubat preskripsi daripada doktor bukan sekadar tukar body wash.
Rawat jerawat yang masih aktif dahulu.
Jangan tunggu seluruh belakang penuh parut baru mula mencari rawatan.
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.






