Jerebu: Hanya Kemaman dan Kimanis catat udara sihat

LocalEnvironment
23 Oct 2026 • 12:40 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jerebu: Hanya Kemaman dan Kimanis catat udara sihat

PETALING JAYA – Hanya dua kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap baik, manakala 50 kawasan lagi merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana setakat pukul 11.45 pagi ini.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kemaman, Terengganu mencatatkan bacaan IPU terendah iaitu 42, diikuti Kimanis, Sabah dengan bacaan 46.

Sementara itu, bagi kategori sederhana melibatkan Port Dickson, Negeri Sembilan dan Kluang, Johor masing-masing merekodkan bacaan IPU tertinggi bagi kategori sederhana iaitu 97 diikuti IPD Serian, Sarawak (97), Segamat, Johor (89), Samarahan, Sarawak (88) dan Sibu, Sarawak (86).

Kawasan lain pada tahap sederhana melibatkan Seri Manjung, Perak (85), diikuti Larkin, Johor dan Tawau, Sabah masing-masing pada paras 82.

Selain itu, Tasek Ipoh, Perak, Pasir Gudang, Johor dan Keningau, Sabah masing-masing mencatatkan bacaan 81, manakala Tanjung Malim, Perak dan Rompin, Pahang merekodkan bacaan 80.

Labuan mencatatkan bacaan IPU 79, diikuti Kuala Selangor, Selangor dan Paka, Terengganu masing-masing pada paras 76, manakala Jerantut, Pahang dan Bintulu, Sarawak merekodkan bacaan 75, Seberang Perai, Pulau Pinang dan Tanah Merah, Kelantan masing-masing mencatatkan 74

Temerloh, Pahang, Kapit, Sarikei dan Kuching di Sarawak masing-masing merekodkan bacaan IPU 73, diikuti Pegoh Ipoh, Perak (71) dan Samalaju, Sarawak (70).

Taiping, Perak dan Mukah, Sarawak masing-masing mencatatkan bacaan 66, manakala Pengerang, Johor (65), Kota Tinggi, Johor (64), Seberang Jaya, Minden dan Balik Pulau di Pulau Pinang masing-masing merekodkan 63.

Miri, Sarawak mencatatkan bacaan IPU 62, manakala Sungai Petani, Kedah, Kota Bharu, Kelantan dan Kota Kinabalu, Sabah masing-masing merekodkan 61.

Balok Baru Kuantan, Pahang dan Limbang, Sarawak masing-masing mencatatkan bacaan 60, diikuti Kangar, Perlis, ILP Miri, Sarawak dan Politeknik Kota Kinabalu, Sabah masing-masing pada paras 59.

Indera Mahkota Kuantan, Pahang merekodkan bacaan 58, manakala Kulim Hi-Tech, Kedah dan Kuala Terengganu masing-masing mencatatkan 57.

Sandakan, Sabah merekodkan bacaan IPU 56, diikuti Alor Setar, Kedah dan Besut, Terengganu masing-masing pada paras 54, manakala Langkawi, Kedah mencatatkan bacaan terendah bagi kategori sederhana iaitu 51. – KOSMO! ONLINE

The post Jerebu: Hanya Kemaman dan Kimanis catat udara sihat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved