Jerebu: 21 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi setakat 8 pagi

LocalEnvironment
24 Oct 2026 • 8:39 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Jerebu: 21 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi  setakat 8 pagi

SHAH ALAM, 24 OKT: Sebanyak 21 kawasan di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada tahap tidak sihat setakat 8 pagi ini, dengan Seremban mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi iaitu 169.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), hanya dua kawasan di Selangor tidak sihat dengan , Klang merekodkan bacaan IPU 133, manakala Petaling Jaya mencatatkan 128.

Di Kuala Lumpur, Batu Muda merekodkan bacaan 162, manakala Cheras mencatatkan 152. Putrajaya turut merekodkan bacaan tidak sihat iaitu 151.

Di Negeri Sembilan, selain Seremban yang mencatatkan bacaan tertinggi negara, Nilai merekodkan IPU 167, manakala Port Dickson mencatatkan 152.

Di Melaka, Bandaraya Melaka merekodkan bacaan 163, diikuti Batu Rambai (162) dan Alor Gajah (156).

Johor turut mencatatkan bacaan tidak sihat di beberapa kawasan, dengan Larkin merekodkan 168, diikuti Pasir Gudang dan Batu Pahat masing-masing pada 162. Turut terjejas ialah Tangkak (161), Kluang (158), Pengerang (156) dan Segamat (155).

Kualiti udara tidak sihat turut direkodkan di Sarawak, dengan Sri Aman mencatatkan bacaan 152, manakala Kapit merekodkan 151.

Sementara itu, sebanyak 41 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala enam kawasan berada pada tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved