Jerebu Makin Teruk, Karnival Hari Keluarga Johor Ditangguhkan

LocalEnvironment
14 Sep 2026 • 11:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Jerebu Makin Teruk, Karnival Hari Keluarga Johor Ditangguhkan

Karnival Hari Keluarga Johor yang dijadualkan berlangsung pada 16 September ini ditangguhkan ke satu tarikh baharu susulan keadaan jerebu yang semakin meruncing di negeri itu.

Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bertitah, karnival berkenaan akan diadakan semula apabila tahap kualiti udara kembali ke paras yang baik dan selamat untuk orang ramai.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda turut menasihati orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga, khususnya warga emas, kanak-kanak serta mereka yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan pernafasan.

“Saya menasihati orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga, terutama bagi warga emas dan kanak-kanak, serta mereka yang menghidap masalah kesihatan pernafasan.

“Walaupun niat saya untuk menyediakan ruang mencipta kenangan manis sempena Hari Malaysia, namun kita tidak boleh mengambil risiko ke atas kesihatan rakyat jelata. Insya-Allah, karnival ini akan diadakan apabila tahap kebersihan udara kembali ke paras yang baik,” titah Seri Paduka Baginda.

Karnival yang dicetuskan oleh Raja Permaisuri Agong itu dianjurkan kerajaan negeri bersama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).

Program berkenaan bertujuan menyediakan ruang untuk rakyat meluangkan masa dan mencipta kenangan bersama keluarga serta anak-anak sempena sambutan Hari Malaysia.

Dalam pada itu, beberapa daerah di Johor hari ini merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

Baca juga:

Antaranya, Pasir Gudang merekodkan bacaan IPU 162, manakala Larkin di Johor Bahru mencatatkan 159.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved