Jerebu: Rakyat Indonesia sebak doa imam Masjid Negara mohon hujan

LocalEnvironment
16 Oct 2026 • 4:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jerebu: Rakyat Indonesia sebak doa imam Masjid Negara mohon hujan

PETALING JAYA – “Ya Allah, kalau memang jerebu ini sebab dosa kami, maka ampunilah dosa kami. Turunkanlah hujan yang lebat tanpa meninggalkan bencana setelahnya.”

Demikian doa dibacakan oleh imam di Masjid Negara, Kuala Lumpur hari ini selepas menunaikan solat hajat yang dikerjakan selepas solat Jumaat pada petang tadi.

Doa tersebut dikongsikan seorang pengguna Thread Singalorngidul yang juga rakyat Indonesia serta tinggal di negara ini, sekali gus mendapat maklum balas orang ramai termasuk pengguna senegaranya.

Menerusi hantaran lelaki itu, dia turut berasa syukur apabila cuaca hujan selepas jemaah masjid selesai menunaikan solat hajat.

“Demi Allah, lagi solat Jumaat di Masjid Negara di Malaysia dan setelah solat hajat buat menghilangkan asap kebakaran hutan.

“Selang beberapa minit, hujan, wallahi merinding sebadan. Terima kasih doanya SEAblings (merujuk kepada ‘adik-beradik’ negara ASEAN). Semoga Kalimantan juga segera hujan lebat tanpa bencana setelahnya,” katanya pada hantaran hari ini.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai termasuk rakyat Indonesia yang turut sebak dengan doa daripada imam di Masjid Negara.

“Aku yang bacanya juga merinding bang,” komen Ratumusang29 yang juga rakyat Indonesia.

“Alhamdulillah, turut bahagia dengarnya. Semoga asapnya hilang dan langit cerah kembali,” komen Asmirafhea yang juga rakyat Indonesia.

“Di Indonesia apakah demikian juga. Yuk warga Indonesia kita semua banyak beristighfar dan berdoa,” kata Ammatullah742 yang juga rakyat Indonesia.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menyeru umat Islam untuk mengadakan solat hajat susulan situasi jerebu yang melanda negara ketika ini.

Zulkifli mengajak solat hajat dijalankan secara serentak di seluruh masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.

Solat hajat berikutan situasi jerebu itu diadakan di tiga masjid utama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya. – KOSMO! ONLINE

The post Jerebu: Rakyat Indonesia sebak doa imam Masjid Negara mohon hujan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved