Rupanya Tun Hasmah Kariah Aktif Masjid As-Syarif Sejak Lima Tahun Lalu

1 Oct 2026 • 6:59 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Rupanya Tun Hasmah Kariah Aktif Masjid As-Syarif Sejak Lima Tahun Lalu

SERI KEMBANGAN: Pemilihan Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah sebagai lokasi pengurusan jenazah dan solat jenazah Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bukan tanpa sebab.

Masjid berkenaan mempunyai hubungan istimewa dengan Allahyarhamah yang merupakan antara kariah aktif di situ sejak kira-kira lima tahun lalu.

Menurut Imam Tiga Masjid As-Syarif, Dzulhayah Wahab, Allahyarhamah sering menghadiri program anjuran masjid termasuk majlis berbuka puasa dan solat tarawih.

Beliau turut menyifatkan Allahyarhamah sebagai individu yang rapat dengan barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid.

Bukan Sekadar Masjid Berdekatan

Perkara itu turut dikongsikan seorang pengguna Threads, @phaiezha, yang menceritakan kenangan Allahyarhamah bersama jemaah Masjid As-Syarif.

Menurutnya, Tun Hasmah sering menyertai program di masjid berkenaan jika berkelapangan.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai apabila pengguna media sosial mengaitkan pemilihan masjid tersebut dengan hubungan Allahyarhamah bersama kariah setempat.

Malah, terdapat laporan bahawa Masjid As-Syarif turut menerima sedekah daripada Allahyarhamah pada setiap Jumaat, menambahkan lagi makna pemilihan lokasi berkenaan untuk urusan terakhir beliau.

Pada 28 September lalu, ribuan jemaah hadir ke Masjid As-Syarif untuk menunaikan solat jenazah Allahyarhamah. Kehadiran yang ramai menyebabkan jemaah memenuhi ruang utama masjid hingga melimpah ke kawasan luar. Solat jenazah turut dilakukan sebanyak dua kali bagi memberi peluang kepada lebih ramai yang hadir untuk menyertai.

Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun sebelum jenazahnya dibawa ke Pusara Negara, Putrajaya untuk istiadat pengebumian pada hari yang sama. Al-Fatihah. – The Malaysian Update

The post Rupanya Tun Hasmah Kariah Aktif Masjid As-Syarif Sejak Lima Tahun Lalu appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved