Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dinafikan, keadaan jerebu di Malaysia semakin teruk sejak beberapa minggu lalu sehingga menjejaskan kualiti udara sekaligus menyukarkan orang ramai untuk melakukan aktiviti harian.
Meskipun keadaan di Timur Malaysia semakin pulih namun Semenanjung Malaysia masih Semenanjung Malaysia khusunya ibu negara masih diselubungi jerebu ekoran kebakaran hutan di Indonesia yang terus memburuk.
Setakat jam 1 tengah hari 9 Oktober, 37 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat manakala 31 lagi pada tahap sederhana.
Keadaan ini turut memaksa Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mengeluarkan arahan penutupan semua institusi pendidikan di kawasan mencatatkan bacaan IPU melebihi 180 ditutup bermula hari ini 19 Oktober dan ada juga syarikat swasta yang sudah menyarankan pekerja untuk bekerja dari rumah (BDR).
Baca Artikel Berkaitan: Semua Sekolah Di Kawasan Catat IPU Lebih 180 Ditutup Mulai Esok, 9 Oktober
Baca Artikel Berkaitan: Isu Jerebu: Sekolah Di Pulau Pinang Kekal Dibuka Namun Aktiviti Luar Ditangguh
Situasi tidak menyenangkan ini membuat ramai rakyat Malaysia menzahirkan rasa kecewa di media sosial termasuklah seorang pengguna Threads.
Namun siapa sangka, luahan tersebut dibalas oleh seorang usahawan dari Indonesia, Rizky Arief Dwi Prakoso yang tampil menghulurkan bantuan untuk mengagihkan pelitup muka jenis KN95 secara percuma kepada orang ramai di Malaysia.
Agih pelitup muka KN95 percuma di TRX
Menerusi satu hantaran balas terhadap luahan tersebut, Rizky memohon maaf atas situasi berkenaan sambil menjelaskan bahawa orang awam tidak mempunyai kuasa untuk mengawal perkara itu.
Namun sebagai tanda solidariti, perusahaannya kini menyediakan pelitup muka KN95 secara percuma kepada sesiapa sahaja di Malaysia tanpa sebarang pembelian diperlukan sebagai tanda solidariti terhadap mereka yang terjejas.
“Kami memohon maaf atas apa yang berlaku walaupun kami sebagai rakyat tidak mempunyai kuasa untuk mengawalnya. Bagaimanapun, perniagaan saya kini mengagihkan pelitup muka percuma kepada sesiapa sahaja di Malaysia tanpa perlu membuat pembelian sebagai tanda solidariti terhadap tragedi ini.
“Kami berada di kaunter concierge TRX. Anda hanya perlu meminta pelitup muka percuma daripada kakitangan saya. Saya berharap keadaan akan bertambah baik tidak lama lagi,” katanya.
View on Threads
Menerusi poster yang dikongsikan, perniagaan berkenaan dipercayai HMNS Perfumery, sebuah jenama yang menjual produk wangian.
Carian kami mendapati kedai tersebut berada di Aras C Tun Razak Exchange (TRX), berhadapan kedai Huawei.

Difahamkan HMSN pernah mengadakan kempen sama pada 8 – 15 September yang lalu berdasarkan hantaran yang dimuat naik di Instagram.
View this post on Instagram
Rakyat Malaysia sambut baik tawaran Rizky, hargai keprihatinannya tentang isu jerebu
Tindakan Rizky menerima pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial dengan rata-rata mengucapkan terima kasih dan menghargai inisiatif yang dilakukannya.
Ada juga yang memuji keprihatinannya dan kesanggupan beliau mengeluarkan kos demi membantu orang lain, khususnya rakyat negera jiran yang terkesan dengan keadaan jerebu ini.





