JIM Selangor tahan 73 individu dalam empat operasi serentak

3 Oct 2026 • 3:03 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

JIM Selangor tahan 73 individu dalam empat operasi serentak

SHAH ALAM, 3 OKT: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor menahan 73 daripada 116 individu yang diperiksa dalam empat operasi penguatkuasaan di beberapa lokasi sekitar negeri ini, kelmarin.

JIM Selangor dalam kenyataan di Facebook berkata operasi itu membabitkan Ops Selera, Ops Kutip, Ops Belanja dan Ops Gegar dengan kekuatan 26 pegawai.

"Daripada jumlah berkenaan, seramai 73 individu ditahan bagi tujuan siasatan lanjut atas kesalahan yang disyaki di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.

Pemangku pengarah JIM Selangor berkata pihaknya akan terus mempergiat pemantauan dan operasi penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen.

Mohmad Khusairi Kamarudin turut menyeru orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang imigresen melalui saluran rasmi JIM bagi membantu tindakan penguatkuasaan.

"Individu yang ditahan dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved