JKR Peruntuk RM17.5 Juta Naik Taraf Jalan Sepang Menjelang F1 Grand Prix Malaysia 2026

5 Aug 2026 • 2:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

JKR Peruntuk RM17.5 Juta Naik Taraf Jalan Sepang Menjelang F1 Grand Prix Malaysia 2026

JKR Peruntuk RM17.5 Juta Naik Taraf Jalan Sepang Menjelang F1 Grand Prix Malaysia 2026

Bersempena penganjuran F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix Malaysia 2026, kerajaan memperuntukkan keseluruhan RM17.5 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan Persekutuan dan Jalan Negeri di sekitar Sepang sebagai persediaan menghadapi acara sukan permotoran bertaraf dunia itu.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Sepang menerusi satu hantaran di Facebook berkata, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM16 juta untuk kerja penyelenggaraan di Jalan Persekutuan membabitkan laluan FT26, FT27, FT29 dan FT344, manakala Kerajaan Negeri menyalurkan RM1.5 juta bagi kerja-kerja di Jalan Negeri B48.

Image from: JKR Peruntuk RM17.5 Juta Naik Taraf Jalan Sepang Menjelang F1 Grand Prix Malaysia 2026
Kredit: JKR

Menurut JKR Daerah Sepang, peruntukan tersebut meliputi kerja membaik pulih permukaan jalan, penyelenggaraan perabot jalan serta lampu jalan bagi memastikan infrastruktur berada pada tahap terbaik sebelum perlumbaan berlangsung.

“Kerja-kerja ini adalah merangkumi kerja-kerja pembaikan permukaan jalan, perabot jalan serta lampu jalan.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa berhati-hati kerana kerja-kerja pembaikan akan rancak dijalankan serta perlu disiapkan sebelum acara F1 berkenaan bermula,” katanya.

JKR turut memaklumkan mesyuarat penyelarasan projek telah diadakan pada 31 Julai 2026 dan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, bagi memastikan semua persiapan berjalan mengikut jadual.

Image from: JKR Peruntuk RM17.5 Juta Naik Taraf Jalan Sepang Menjelang F1 Grand Prix Malaysia 2026
Kredit: JKR

Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sepang berkata, laluan aras bawah jejambat (flyover) dijangka dibuka kepada orang awam pada akhir Ogos 2026, manakala keseluruhan projek dijadualkan siap sepenuhnya pada Mac 2027.

Menurut pusat khidmat itu, penyediaan peruntukan lebih awal bagi menaik taraf infrastruktur merupakan amalan biasa kerajaan bagi menyokong penganjuran acara antarabangsa yang mampu memberi pulangan ekonomi kepada negara.

“Apabila acara berlangsung, limpahan ekonomi melalui sektor pelancongan, perhotelan, pengangkutan, peruncitan dan sektor berkaitan akan membantu menjana pulangan kepada ekonomi negara,” ujarnya.

Baca juga:

Berdasarkan infografik dikongsikan JKR, daripada jumlah RM16 juta bagi Jalan Persekutuan, sebanyak RM13.67 juta diperuntukkan untuk 10 kerja penyelenggaraan pavemen, RM1.30 juta bagi lapan kerja bukan pavemen seperti penggantian crash cushion, guardrail dan mengecat garisan jalan, manakala RM1.03 juta lagi diperuntukkan bagi kerja-kerja elektrik termasuk penyelenggaraan lampu jalan.

Bagi Jalan Negeri B48 pula, RM1 juta diperuntukkan untuk kerja penyelenggaraan permukaan jalan (mill and pave), manakala RM500,000 disalurkan bagi menaik taraf lampu jalan solar, menjadikan keseluruhan kos projek di laluan berkenaan sebanyak RM1.5 juta.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved