Joanna Wietrzyk mohon maaf tercirit ketika pertandingan

18 Sep 2026 • 11:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Joanna Wietrzyk mohon maaf tercirit ketika pertandingan

BEIJING – Atlet kecergasan Australia, Joanna Wietrzyk tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan memulangkan kembali kemenangannya susulan kontroversi insiden ‘tercirit’ ketika menyertai pertandingan Hyrox di sini, baru-baru ini.

Wietrzyk yang menjadi juara dalam perlumbaan intensiti tinggi itu sebelum mencetuskan kecaman netizen selepas bertindak meneruskan larian serta menggunakan peralatan sukan walaupun berada dalam keadaan kotor akibat masalah cirit-birit.

Menerusi satu kenyataan, Wietrzyk meluahkan rasa kesal yang amat mendalam kerana mementingkan perlumbaan berbanding mengutamakan aspek kebersihan di trek acara.

Menerusi satu kenyataan, Wietrzyk meluahkan rasa kesal yang amat sangat kerana mementingkan perlumbaan berbanding mengutamakan aspek kebersihan di trek.

“Saya ingin menyampaikan permohonan maaf yang tulus kepada rakyat China, rakan-rakan pesaing, penonton dan penganjur Hyrox atas apa yang berlaku.

“Apabila melihat kembali kejadian itu, saya kesal kerana tidak keluar daripada trek. Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan itu dan amat kesal atas rasa tidak selesa serta gangguan yang telah saya timbulkan,” katanya.

“Apabila melihat kembali kejadian itu, saya kesal kerana tidak keluar daripada trek. Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan itu dan amat kesal atas rasa tidak selesa serta gangguan yang telah saya timbulkan,” katanya.

Menjelaskan situasi sebenar, Wietrzyk menegaskan bahawa dia berada dalam keadaan sihat tubuh badan sebelum perlumbaan bermula dan tidak menyangka kejadian memalukan itu boleh berlaku secara tiba-tiba.

Susulan daripada kesedaran tersebut, dia mengambil keputusan drastik untuk berundur dan melepaskan segala mata kemenangan yang diperolehnya demi menghormati komuniti sukan berkenaan.

Terdahulu pihak penganjur Hyrox turut memohon maaf kerana terlepas pandang dan gagal menghentikan perlumbaan Wietrzyk dengan lebih awal bagi melakukan proses sanitasi. – Agensi

The post Joanna Wietrzyk mohon maaf tercirit ketika pertandingan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved