Johan Setia di Selangor antara lima kawasan catat IPU tidak sihat takat 4 petang

LocalEnvironment
13 Sep 2026 • 4:42 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Johan Setia di Selangor antara lima kawasan catat IPU tidak sihat takat 4 petang

SHAH ALAM, 13 SEPT: Sebanyak lima kawasan mencatat Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu setakat 4 petang ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), IPU tidak sihat melibatkan empat kawasan di Sarawak iaitu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian (174), Sri Aman (164), Samarahan (154), Kuching (154).

Di Semenanjung, Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 131.

Secara keseluruhan, sebanyak 56 kawasan di seluruh negara berada pada tahap sederhana, manakala tujuh kawasan mencatat bacaan baik, sementara tiada kawasan merekodkan bacaan pada tahap sangat tidak sihat dan berbahaya.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved