Johor belanja RM2.76 juta hantar ubat guna pos

LocalHealth & Fitness
12 Oct 2026 • 12:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Johor belanja RM2.76 juta hantar ubat guna pos

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri membelanjakan RM2.766 juta bagi pelaksanaan perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) sejak Ogos 2024 hingga Ogos tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, sebanyak 469,657 parcel ubat telah dihantar kepada pesakit yang memerlukan bekalan ubat susulan dalam tempoh berkenaan.

Menurutnya, penghantaran ubat melalui perkhidmatan itu meningkat sebanyak 225 peratus dengan purata 24,937 parcel sebulan tahun ini berbanding 9,664 parcel sebelum pelaksanaannya.

“Inisiatif itu membantu mengurangkan beban kewangan pesakit kerana mereka tidak perlu hadir ke kaunter farmasi untuk mendapatkan bekalan ubat susulan. Perkhidmatan ini juga dapat mengurangkan kesesakan di kaunter farmasi, selain memudahkan pesakit mendapatkan bekalan ubat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Perkhidmatan Penghantaran Ubat Rangkaian Sejuk dan Penyerahan Sumbangan Kerajaan Negeri di Poliklinik Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini.

Tambahnya, enam fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk HSA, Hospital Sultan Ismail, Hospital Pasir Gudang dan Klinik Kesihatan Kempas memulakan perkhidmatan penghantaran ubat rangkaian sejuk secara same day delivery pada 1 Ogos lalu.

Bagaimanapun, perkhidmatan itu dilaksanakan di daerah Johor Bahru terlebih dahulu bagi memastikan kawalan suhu ubat-ubatan berkenaan terjamin. Sebanyak RM49,500 diperuntukkan bagi tempoh Ogos 2026 hingga Julai 2027.

Sementara itu, Tian Soon berkata, setakat ini tiada peningkatan kemasukan pesakit ke fasiliti kesihatan awam milik KKM di seluruh Johor susulan keadaan jerebu.

Beliau berkata, jumlah pesakit luar juga masih berada pada paras biasa, namun golongan yang mempunyai masalah sistem pernafasan dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar.

Dalam program sama, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyumbangkan dua buah ambulans untuk kegunaan HSA.

Yayasan Sultanah Fatimah (YSF) pula menyumbangkan beberapa unit katil pengusung bagi membantu keperluan operasi hospital berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post Johor belanja RM2.76 juta hantar ubat guna pos appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved