Menurut laporan FMT, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi amaran tidak akan lagi menyokong penganjuran himpunan RXZ Members sekiranya masih berlaku tindakan segelintir peserta yang menunggang secara melulu sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain.
Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya menerima pelbagai rungutan daripada orang ramai di beberapa negeri berhubung sikap peserta yang bukan sahaja menyebabkan kesesakan lalu lintas, malah mengabaikan aspek keselamatan.

“JPJ menjaga kepentingan awam, bukan kepentingan peserta dan bukan kepentingan penganjur. Jadi kalau ada tindakan-tindakan yang membahayakan orang awam, kita akan ambil tindakan.”
Beliau turut menegaskan bahawa jika insiden sama terus berulang, JPJ tidak akan lagi memberikan sokongan terhadap penganjuran program berkenaan.
“Selepas ini, sekiranya masih berlaku perkara sama, kita tidak akan menyokong program ini untuk diadakan lagi. Kita mahu memastikan peserta berhemah di jalan raya dan pengguna jalan raya yang lain tidak marah kepada peserta-peserta.”

Sebelum ini, beberapa insiden melibatkan peserta konvoi RXZ Members 8.0 dilaporkan berlaku, termasuk kemalangan yang mengorbankan tiga penunggang motosikal di Kuantan pada 31 Julai.
Satu lagi nahas yang menyebabkan seorang remaja melecur 60 peratus selepas motosikal dinaiki bersama ibunya dirempuh ketika dalam perjalanan pada Jumaat lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Suami Reda Isteri Hamil Tujuh Bulan Dan Anak Melecur 60% Dilanggar Peserta RXZ - "Suspek 'Tembor' Larikan Diri"
The post “JPJ Jaga Kepentingan Awam, Bukan Peserta Atau Penganjur” – Datuk Aedy Fadly Beri Amaran Tidak Lagi Sokong Himpunan RXZ Members first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





