
Pihak berkuasa negeri dan Persekutuan disaran mengkaji semula penganjuran konvoi berskala besar susulan insiden kemalangan yang mengorbankan beberapa peserta program RXZ Members 8.0.
Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff berkata, aspek maslahat dan mudarat perlu diberi perhatian sebelum membenarkan penganjuran program seumpama itu pada masa akan datang.
Menurut beliau, walaupun penganjuran konvoi berkenaan mungkin memberi manfaat dari sudut ekonomi kepada negeri penganjur, namun risiko terhadap keselamatan peserta perlu dipertimbangkan.
“Setiap kali program ini dianjurkan akan ada sahaja yang mati kemalangan. Pihak berkuasa negeri dan Persekutuan perlu kaji semula konvoi-konvoi seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Baca juga:
MBKT tanggung RM40,000 kos pembersihan 130 tan sisa selepas RXZ Members 8.0- ‘Apa maslahat penganjuran konvoi?’- Dr Izhar gesa kaji semula RXZ Members
PERODUA turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini lebih mampu milik
Beliau berkata, sesuatu penganjuran yang pada asalnya diharuskan boleh berubah status sekiranya kemudaratan yang berlaku lebih besar berbanding manfaat diperoleh.
“Saya khuatir akan ada kesan hukum di sini, konvoi ini boleh berubah daripada harus kepada makruh dan daripada makruh kepada haram,” katanya.
Kenyataan itu dibuat susulan kemalangan terbaharu membabitkan peserta RXZ Members 8.0 yang mengorbankan seorang lagi penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Kuala Lumpur, sekali gus menjadi mangsa keenam yang maut dalam kemalangan berkaitan program berkenaan.
Dalam kejadian pada Ahad, penuntut IPTS, Arissa Shazzira Zainudin, 21, dari Kuantan, Pahang maut dalam kemalangan di Kilometer 356 LPT 2 arah Kuala Terengganu-Kuantan.
The post ‘Apa maslahat penganjuran konvoi?’- Dr Izhar gesa kaji semula RXZ Members appeared first on The Reporter.






