Penganjur RXZ Members mohon maaf kepada keluarga remaja melecur

3 Aug 2026 • 3:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penganjur RXZ Members mohon maaf kepada keluarga remaja melecur

KUALA NERUS – Penganjur RXZ Members memohon maaf kepada keluarga seorang wanita dan anaknya yang melecur teruk akibat kemalangan dikatakan disebabkan salah seorang peserta program tersebut pada Jumaat lalu.

Mohamad Faizal Mat Ali berkata, insiden menimpa Syafirah Salim, 36, yang sedang sarat hamil tujuh bulan dan anak sulungnya, Ahmad Asyraf Talha, 13, amat mendukacitakan.

“Kami sebagai penganjur RXZ Members memohon maaf atas apa yang terjadi. Alhamdulillah, ayah Ahmad Asyraf (Talha Mahmud, 61,) berlapang dada dan tidak menyalahkan sesiapa.

“Mohon pihak lain agar tidak lagi cuba mengeruhkan keadaan sehingga menimbulkan kebencian terhadap program RXZ Members,” katanya selepas menyantuni Syafirah dan Talha di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.

Kosmo! Online Jumaat lalu melaporkan Ashyaf dan ibunya, Syafirah melecur setelah motosikal jenis Honda Beat dinaiki mereka terbakar setelah terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Kampung Bulu Gading, Kuala Nerus dekat ini.

Dalam kemalangan pada pukul 11.50 pagi itu, motosikal dinaiki mereka dikatakan dirempuh sebuah motosikal Yamaha RXZ ditunggangi peserta RXZ Members 8.0 berusia 25 tahun yang hilang kawalan lalu terbabas.

Sementara itu, Talha berlapang dada dengan ujian menimpa dan memberitahu fokus utamanya kini ialah kesembuhan isteri dan anak sulungnya.

Katanya, dia juga telah disantuni penunggang motosikal Yamaha RXZ terlibat pada Sabtu lalu dan menerima penjelasan pemandu lori berasal Jengka, Pahang itu. – KOSMO! ONLINE

The post Penganjur RXZ Members mohon maaf kepada keluarga remaja melecur appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved