RXZ Members: ‘Saya khuatir dari harus boleh jadi haram’

3 Aug 2026 • 4:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: RXZ Members: ‘Saya khuatir dari harus boleh jadi haram’

PETALING JAYA – Pihak berkuasa negeri dan persekutuan digesa mengkaji semula penganjuran konvoi berskala besar seperti RXZ Members susulan kejadian kemalangan yang meragut nyawa peserta.

Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff berkata, penilaian menyeluruh perlu dilakukan bagi memastikan manfaat program sedemikian tidak mengatasi risiko terhadap keselamatan peserta.

Menurutnya, meskipun penganjuran acara itu berpotensi memberi keuntungan kepada negeri dari sudut ekonomi, kesan buruk termasuk kerugian kewangan dan kehilangan nyawa tidak boleh dipandang ringan.

“Apakah maslahat daripada penganjuran konvoi seperti ini? Setiap kali program ini dianjurkan, akan ada sahaja yang maut dalam kemalangan.

“Saya khuatir akan ada kesan hukum di sini apabila konvoi ini boleh berubah daripada harus kepada makruh dan daripada makruh kepada haram,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian susulan kematian seorang penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam kemalangan di Lebih Raya Pantai Timur 2 (LPT 2), dekat Bukit Besi, Dungun, semalam.

Mangsa, Arissa Shazzira Zainudin, 21, dilaporkan menjadi mangsa keenam yang maut dalam kemalangan jalan raya berkaitan perjalanan ke atau pulang daripada perhimpunan RXZ Members 8.0.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Nik Ab Halim Nik Mat dilaporkan berkata, kemalangan berlaku di Kilometer 356 LPT 2 arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan kira-kira pukul 4.55 petang.

Arissa yang beralamat di Taman Bukit Goh Perdana, Kuantan, Pahang merupakan penuntut sebuah IPTS di Kuala Lumpur.

Perhimpunan RXZ Members 8.0 berlangsung dari 31 Julai hingga 1 Ogos lalu di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu. – KOSMO! ONLINE

The post RXZ Members: ‘Saya khuatir dari harus boleh jadi haram’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved