JPJ nafi tular cadang benar Rohingya ambil lesen

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 10:24 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: JPJ nafi tular cadang benar Rohingya ambil lesen

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan kenyataan yang disiarkan menerusi sebuah akaun Facebook bertajuk ‘JPJ Cadang Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu?’, didakwa menyerupai berita rasmi.

Susulan itu, JPJ telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membolehkan siasatan dan tindakan sewajarnya diambil berhubung penyebaran kandungan berkenaan.

‘JPJ memandang serius tindakan mana-mana pihak yang menghasilkan, mengubah suai atau menyebarkan kandungan dengan menggunakan nama, identiti atau imej jabatan sehingga boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan kredibiliti,” menurut JPJ menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya dan sentiasa merujuk saluran rasmi JPJ bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.

Semakan di akaun Facebook berkenaan didapati hantaran itu yang dimuat naik 12 jam lepas masih belum dipadam setakat 9.15 pagi ini, dengan lebih 1,800 komen dan 325 perkongsian. – BERNAMA

The post JPJ nafi tular cadang benar Rohingya ambil lesen appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved