JPVPP rekod keterangan dua lelaki didakwa heret anjing dengan motosikal

30 Sep 2026 • 3:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: JPVPP rekod keterangan dua lelaki didakwa heret anjing dengan motosikal
Video tular menunjukkan dua lelaki menaiki sebuah motosikal sambil menarik anjing berwarna hitam.

GEORGE TOWN - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP) telah merekodkan beberapa keterangan termasuk dua lelaki yang didakwa mengheret seekor anjing dengan menggunakan motosikal di Batu Lancang di sini pada 23 September.

Pengarahnya, Dr Saira Banu Mohamed Rejab berkata, pihaknya kini sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

"Keterangan dua lelaki itu telah diperoleh selain saksi bagi membantu dan melengkapkan kertas siasatan.

"Anjing yang terlibat kini berada dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Sebelum ini, JPVPP memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 selepas menerima aduan berhubung video tular menunjukkan dua lelaki menaiki sebuah motosikal sambil menarik anjing berwarna hitam.

Mereka didakwa terus mengheret anjing itu walaupun seorang wanita telah menegur dan meminta mereka menghentikan perbuatan tersebut. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved