Jurujual rugi RM300,000 diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud

LocalBusiness & Finance
2 Aug 2026 • 10:04 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Jurujual rugi RM300,000 diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud

KUALA TERENGGANU, 2 OGOS: Seorang jurujual pakaian wanita kerugian RM290,910 selepas diperdaya sindiket tawaran pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata wanita berusia 61 tahun itu telah tertarik dengan pakej pelaburan menawarkan modal rendah dengan pulangan lumayan dalam tempoh tiga jam, menerusi iklan di laman Facebook, pada Mei lepas.

"Mangsa yang gelap mata telah membuat sejumlah bayaran modal dan dimaklumkan pelaburan berkenaan telah berjaya menjana keuntungan. Bagaimanapun untuk mendapatkan keuntungan tersebut, mangsa perlu membuat bayaran tambahan untuk menampung kos pengurusan.

"Namun setelah bayaran dibuat, mangsa masih gagal mendapat keuntungan dijanjikan. Malah mangsa turut ditipu suspek lain yang menyamar sebagai pegawai polis, kononnya boleh membantu mendapatkan kembali wang pelaburan berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mangsa yang terdesak untuk mendapatkan kembali wang pelaburan dan keuntungan tanpa berfikir panjang telah membuat sejumlah bayaran lagi kepada suspek yang mendakwa mahir dalam menguruskan kes penipuan dalam talian.

Secara keseluruhan, mangsa telah membuat 16 kali pembayaran ke 16 akaun bank berbeza dari tempoh 14 Jun hingga 31 Julai lepas, menggunakan wang simpanan serta hasil gadaian barang kemas.

"Mangsa yang menyedari ditipu akhirnya membuat laporan polis pada 12.59 tengah hari semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved