Kai Wun mahu tebus kemerosotan ranking 

10 Oct 2026 • 9:45 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kai Wun mahu tebus kemerosotan ranking 

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Tee Kai Wun meletakkan sasaran untuk kembali menembusi kelompok 10 terbaik dunia bersama Man Wei Chong selepas ranking mereka merosot berikutan terlepas beberapa kejohanan sebelum ini.

Kai Wun berkata, dia dan Wei Chong akan berusaha memperbaiki kedudukan ranking menjelang penghujung musim ini, meskipun hanya berbaki empat atau lima kejohanan untuk disertai.

“Kami berharap dapat kembali masuk kelompok 10 terbaik dunia. Ranking kami jatuh kerana terlepas banyak kejohanan sebelum ini.

“Dengan baki empat atau lima kejohanan sahaja menjelang penghujung tahun, kami akan cuba memberikan yang terbaik dan melihat sejauh mana kami boleh pergi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini, semalam.

Kai Wun dan Wei Chong yang jatuh daripada ranking No. 6 dunia ke No. 12 dunia akan kembali berpasangan pada Terbuka Denmark selepas sebelum ini kedua-duanya beraksi bersama gandingan berbeza.

Bagaimanapun, pemain itu tidak mahu meletakkan tekanan berlebihan terhadap prestasi mereka dalam kejohanan berkenaan, sebaliknya mahu memberikan tumpuan kepada permainan sendiri.

Jelasnya, dia tidak menetapkan sasaran khusus untuk Terbuka Denmark, namun menganggap peluang untuk mara sejauh mungkin sebagai satu bonus.

“Bagi saya, tiada sasaran khusus untuk kejohanan ini. Saya hanya mahu bermain seperti biasa dan memberikan persembahan terbaik. Kalau boleh pergi jauh, itu lebih baik,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai gandingannya bersama Wei Chong, Kai Wun berkata, mereka akan meneruskan kerjasama itu sehingga penghujung tahun ini memandangkan penyertaan dalam beberapa kejohanan sudah didaftarkan. – UTUSAN

KAPSYEN

TEE Kai Wun (kiri) dan Man Wei Chong jatuh ranking enam anak tangga susulan pertukaran pasangan sebelum ini.

The post Kai Wun mahu tebus kemerosotan ranking  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved