Aaron-Kai Wun selesa status ‘underdog’

16 Sep 2026 • 8:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Aaron-Kai Wun selesa status ‘underdog’

KUALA LUMPUR: Pemain badminton beregu lelaki negara Aaron Chia masih bernafsu untuk memburu pingat walaupun kedatangannya ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 bersama Tee Kai Wun sebagai beregu pecah ganding yang berisiko bertemu pasangan pilihan di pusingan awal.

Selaku beregu No. 4 dunia dengan pasangan asalnya, Soh Wooi Yik, dia meletakkan dirinya dan Kai Wun sebagai pencabar ‘underdog’ tetap dalam masa sama turut berharap mampu melakukan kejutan pada temasya empat tahun sekali itu.

“Saya rasa sebagai pasangan pecah ganding, kita main lebih tenang tanpa tekanan. Jadi, harap dekat sana dapat melakukan kejutan,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini, semalam.

Penampilan Aaron-Kai Wun di Sukan Asia 2026 menjadi harapan negara untuk mengulangi pencapaian pingat emas Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang juga merupakan pasangan pecah ganding sewaktu Temasya Doha 2006.

Sama ada kedua-duanya mampu mengulangi pencapaian Kien Keat-Boon Heong, Aaron memberitahu, dia dan Kai Wun menjanjikan persembahan terbaik tanpa mengambil kira acara individu ataupun berpasukan.

“Saya berharap sekurang-kurangnya kita boleh menang pingat untuk kontinjen Malaysia, jadi, kita akan berikan yang terbaik,” tegasnya.

Mengulas undian pada Sukan Asia nanti, pemain berusia 29 tahun itu berkata, sesiapapun lawan yang bakal ditentang nanti, mereka merupakan pencabar yang sama dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF.

Kata Aaron, dia tidak bimbang mengenai perkara tersebut dan bersedia berdepan mana-mana beregu handalan dunia lebih awal memandangkan status mereka selaku pasangan pecah ganding tidak memberi tekanan.

Aaron-Kai Wun tidak bersendirian membawa cabaran dalam sektor beregu lelaki kerana mereka bakal diiringi gandingan profesional No. 6 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani yang sudah pasti akan diletakkan sebagai pasangan pilihan.

Aaron berkata, selaku beregu pecah ganding, mungkin memberi kelebihan kepada dirinya dan Kai Wun kerana terdapat beberapa gandingan utama masih tidak tahu corak permainan mereka. – UTUSAN

The post Aaron-Kai Wun selesa status ‘underdog’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved