Kai Wun, Wei Chong mengharap tuah

16 Aug 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kai Wun, Wei Chong mengharap tuah

PEMAIN beregu lelaki negara, Tee Kai Wun menyuarakan harapan untuk melangkah lebih jauh apabila melakukan penampilan ketiga pada Kejohanan Badminton Dunia yang akan berlangsung di New Delhi, India bermula esok.

Dia yang kembali bergandingan dengan Man Wei Chong bagi menghadapi kejohanan tersebut mengakui, mereka tidak berdepan banyak masalah untuk kembali mendapatkan keserasian selepas dipisahkan sebelum ini.

Kai Wun berkata, komunikasi dia dan Wei Chong ketika berada di dalam gelanggang juga masih seperti biasa selepas kembali menjalani latihan bersama sebagai persiapan ke kejohanan berprestij itu.

“Saya rasa (keserasian) okey sahaja kerana kami berpisah sebelum ini tidak lama sangat dan dia (Wei Chong) juga berdepan kecederaan. Saya rasa, persefahaman antara kami masih ada, jadi ia sesuatu yang baik.

“Ini merupakan penampilan ketiga kami di Kejohanan Dunia dan kami akan berikan fokus satu demi satu perlawanan. Kami juga mungkin akan bertemu rakan sepasukan di pusingan ketiga, jadi mahu pamerkan aksi terbaik sahaja,” katanya.

Pada edisi kali ini, Wei Chong-Kai Wun mendapat ‘bye’ di pusingan pertama dan dijangka berdepan beregu Amerika Syarikat (AS), Chen Zhi Yi-Presley Smith di pusingan kedua dan mungkin bertemu Aaron Chia-Soh Wooi Yik di pusingan ketiga.

Justeru, kemungkinan bertemu sesama sendiri di pusingan ketiga membuatkan Kai Wun agak terkilan memandangkan satu beregu negara bakal tersingkir dan tidak dapat meneruskan kemaraan.

“Memang ada rasa sedikit sayang (bertemu sesama sendiri) kerana kami boleh dianggap berada dalam kelompok lapan terbaik. Jumpa di pusingan 16 terbaik itu rasa ada sedikit sayang juga,” ujarnya.

Sementara itu, Kai Wun turut menjelaskan, kondisi mereka berada pada tahap yang cukup baik ketika ini, namun mengakui badan agak kurang selesa selepas mengharungi beberapa kejohanan terdahulu.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik Wei Chong-Kai Wun pada Kejohanan Dunia adalah melangkah ke suku akhir ketika edisi di Paris, Perancis tahun lalu sebelum tewas kepada jaguh Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae.

 

The post Kai Wun, Wei Chong mengharap tuah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved