Rombakan jurulatih selepas Sukan Asia 2026

11 Aug 2026 • 6:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Rombakan jurulatih selepas Sukan Asia 2026

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) bakal merombak barisan kejurulatihan beregu selepas Sukan Asia 2026 susulan pemergian ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto yang meninggalkan badan induk itu pada bulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, Datuk Seri Lee Chong Wei berkata, segala keputusan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Prestasi selepas mesyuarat Ahli Majlis BAM dalam masa terdekat.

“Beri saya sedikit masa kerana saya mahu menyusun semula pasukan jurulatih, tetapi mungkin selepas Sukan Asia kerana kami perlu berbincang dengan Majlis, Jawatankuasa, Rexy Mainaky dan Kenneth Jonassen.

“Kami juga mempunyai pemain junior berusia 13 dan 15 tahun yang akan menyertai skuad kebangsaan tahun depan, jadi kami mahu mencari jurulatih yang sesuai untuk menyertai BAM,” katanya kepada pemberita pada Majlis Memperkenalkan Trofi Kejohanan Badminton Piala Lee Chong Wei 2026, hari ini.

Sementara itu, Chong Wei menegaskan rombakan yang bakal dibuat nanti bukan disebabkan prestasi pemain sebaliknya BAM mahu membina semula sistem kejurulatihan yang lebih tersusun.

“Ini bukan kerja satu atau dua hari, satu atau dua bulan, tetapi kita perlu buat sedikit demi sedikit untuk mengembalikan disiplin dan keadaan yang terbaik untuk BAM.

“Bagi saya, jurulatih sangat penting kerana saya seorang tidak boleh menjaga semua perkara dan mereka perlu bekerjasama dengan saya untuk membantu pemain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Rombakan jurulatih selepas Sukan Asia 2026 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved