Langkah berani BAM mula buahkan hasil

10 Aug 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Langkah berani BAM mula buahkan hasil

BEREGU lelaki negara, Tee Kai Wun-Yap Roy King meraih gelaran pertama mereka selepas berjaya merangkul kejuaraan pada Kejohanan Badminton Korea Masters yang berlangsung di Gimnasium Asan Yi Sun-sin.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung semalam, gandingan ‘scratch pair’ itu memastikan gelaran menjadi milik mereka selepas menewaskan rakan senegara, Man Wei Chong-Soh Wooi Yik menerusi kemenangan straight-set 21-13, 21-18.

Menerusi kemenangan itu, keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) merombak beberapa pasangan utama negara dilihat sudah mula membuahkan hasil biarpun Korea Masters hanya berstatus Jelajah Dunia Super 300.

Perlawanan itu berlangsung dalam keadaan seimbang memandangkan kedua-dua beregu merupakan gandingan ‘scratch pair’ selain sudah tahu kelebihan serta kelemahan masing-masing kerana sering menjalani latihan bersama-sama.

Pada set pertama, kedua-dua pasangan saling berbalas serangan selain bertukar servis sebelum Kai Wun-Roy King mula menjarakkan diri ketika kedudukan 12-12 dan memastikan kemenangan pertama 21-13.

Bersambung set kedua, Kai Wun-Roy King terus mempamerkan dominasi apabila menguasai sepenuhnya permainan dan langsung tidak memberi ruang kepada Wei Chong-Wooi Yik untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan.

Walaupun Wei Chong-Wooi Yik cuba mengejar, namun Kai Wun-Roy King berjaya mengekalkan fokus sebelum menutup kemenangan 21-18, sekali gus memastikan gelaran Korea Masters menjadi milik mereka.

Kejayaan itu menyaksikan Kai Wun-Roy King membawa pulang hadiah wang tunai AS$19,750 (RM80,779) berserta pingat, manakala Wei Chong-Wooi Yik selaku naib juara menerima AS$9,500 (RM38,855) dan pingat.

The post Langkah berani BAM mula buahkan hasil appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved