Kajian Mendapati Ibu Bapa Ketagih Telefon Pintar Jadikan Anak Kurang Berjaya Dalam Hidup

Family & ParentingLifestyle
10 Jul 2026 • 12:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kajian Mendapati Ibu Bapa Ketagih Telefon Pintar Jadikan Anak Kurang Berjaya Dalam Hidup

Tahun ini ada beberapa kajian saintifik mengenai penggunaan telefon pintar dan impaknya terhadap masyarakat. Dalam satu kajian yang saya baca, kadar kelahiran bayi di Amerika Syarikat turun sejak iPhone diperkenalkan pada tahun 2007. Trend yang sama turut dilihat di negara lain selari dengan peningkatan penggunaan telefon pintar.

Image from: Kajian Mendapati Ibu Bapa Ketagih Telefon Pintar Jadikan Anak Kurang Berjaya Dalam Hidup

Pagi ini muncul pula kajian yang diterbitkan dalam jurnal Frontiers in Psychology yang mengatakan ibu bapa yang ketagih menggunakan telefon akan menyebabkan anak mereka mempunyai kurang keyakinan, menunjukkan rasa kendiri yang rendah, sukar mempunyai hubungan antara individu dan keintiman; dan mempunyai keengganan untuk mengambil risiko yang diperlukan untuk mencapai kejayaan.

Kajian dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari American Psychological Association melibatkan 600 peserta di berusia antara 12 -17 tahun di Amerika Syarikat. Anak-anak mengaku merasakan diri mereka dipinggirkan atau diabaikan oleh ibu bapa yang asyik menggunakan telefon. Dalam aktiviti sukan atau pementasan misalnya, anak kecewa apabila melihat ibu bapa yang walaupun hadir ke acara tunduk ke bawah menggunakan telefon.

Menerusi kajian ini, wujud impak negatif penggunaan telefon pintar oleh individu dengan individu persekitaran mereka. Saya boleh kategorikan diri saya sebagai bapa yang terlalu melekat pada komputer riba kerana kerja. Anak pernah menegur kenapa kerja sepanjang masa beberapa tahun lalu menyebabkan saya tidak lagi bekerja selepas habis waktu pejabat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved