Kajian MIT Mendapati Integrasi AI Gagal Di 95% Tempat Kerja

TechnologyBusiness & Finance
20 Aug 2025 • 10:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI dan Google memasarkan kecerdasan buatan (AI) buatan mereka boleh membantu manusia melakukan kerja lebih berkesan di pejabat. Langganan diberikan dengan kini beberapa syarikat mewajibkan penggunaan AI bagi meningkatkan produktiviti sementara di syarikat lain pula AI menyebabkan ribuan manusia dibuang kerja. Persoalannya sekarang ialah adakah integrasi AI di tempat kerja benar-benar berkesan?

image is not available

Menurut laporan Pembahagian GenAI: Keadaan AI dalam Perniagaan 2025 yang dihasilkan oleh Massachusetts Institute of Technology NANDA (Networked Agents and Decentralized AI), integrasi AI generatif gagal di 95% tempat kerja untuk meningkatkan pendapatan syarikat. Kesimpulan dicapai selepas menemuramah 150 pucuk pimpinan, pungutan suara dengan 350 kakitangan dan mengkaji 300 penggunaan AI yang diumumkan secara terbuka.

AI hanya memberikan impak positif di syarikat pemula dengan kakitangan berusia muda mencatatkan keuntungan mencanak naik. Ini kerana mereka menyedari isu yang wujud, melaksanakan rancangan dengan baik dan bekerjasama dengan syarikat AI untuk menyelesaikan isu.

Di syarikat lain jurang pengetahuan menggunakan AI dan organisasi wujud menyebabkan ia tidak berkesan. ChatGPT misalnya adalah alat bantuan AI yang amat baik untuk individu tidak cukup fleksibel untuk perusahaan kerana belum boleh disesuaikan dengan aliran kerja syarikat

Kesimpulannya ialah kegagalan bukan disebabkan AI tidak berkemampuan sebaliknya ialah tenaga kerja masih belum mengetahui bagaimana ia boleh diintegrasikan sepenuhnya ke dalam organisasi.