
Baru-baru ini, kecoh di platform Threads apabila seorang individu mendakwa penyanyi Irfan Haris tertekan selepas nombor WhatsApp peribadinya tersebar hingga menerima mesej berbaur makian daripada orang tidak dikenali.
Menerusi perkongsian tersebut, individu berkenaan menyifatkan tindakan menyebarkan nombor Irfan sebagai perbuatan melampau dan melanggar privasi seseorang.

Malah, ia juga boleh dianggap sebagai penyebaran data peribadi di bawah Akta 709.
Individu itu turut menegaskan, meskipun ramai mungkin tidak bersetuju dengan isu perkahwinan kakak Irfan bersama pasangannya, rasa marah itu seharusnya diluahkan di ruang yang tepat seperti DM, dan bukannya dengan melibatkan nombor peribadi.

Perkongsian ini pantas mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju bahawa menyebarkan nombor telefon seseorang selebriti adalah keterlaluan dan tidak wajar dijadikan bahan untuk melampiaskan kemarahan.

Pun begitu, ada yang mempersoalkan kebenaran disebalik pendedahan ini.
Irfan Harris 'Mastermind' Disebalik Perkenalan Fattah & Amira - "Ini Semua Aturan Allah, Dalam al-Quran Dah Cakap, Lelaki Baik Untuk Wanita Baik"
The post “Kakak Dia Yang Kahwin, Tak Payah Lah Sumpah Dia” – Terima Makian, Nombor Telefon Irfan Harris Didakwa Tersebar & Terima? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



