Lebih setahun bergelar janda, pelakon Rebecca Nur Al Islam mengakui dirinya masih belum bersedia untuk kembali mendirikan rumah tangga meskipun ada lelaki yang cuba mendekatinya.
Rebecca, 40, berkata, buat masa ini keutamaannya adalah membina semula kehidupan bersama anak-anak selepas melalui episod perpisahan.
AdvertisementKatanya, dia lebih selesa berkawan terlebih dahulu kerana kehidupan yang sedang dibina semula itu masih belum benar-benar stabil.
“Buat masa ini, saya rasa belum tiba masanya untuk mempunyai teman hidup. Bukan sebab saya belum boleh melupakan masa lalu atau masih teringat perkara lama.
Menurut Rebecca, dirinya kini sedang memberi tumpuan kepada kehidupan sendiri sebelum memikirkan soal pasangan.
“Saya sedang membina semula ‘kerajaan’ saya. Kerajaan lama sudah runtuh, roboh, jadi sekarang saya perlu bina semula kehidupan saya sendiri,” katanya dalam sebuah program audio siar.
Rebecca Tak Mahu Terburu-Buru Soal Jodoh
Dalam pada itu, Rebecca mengakui seboleh-bolehnya dia tidak mahu menerima lelaki yang sudah berstatus suami orang.
Namun, pelakon itu enggan menjadikan perkara tersebut sebagai syarat mutlak kerana percaya soal jodoh adalah ketentuan Allah SWT.

“Kalau boleh, jangan suami orang. Hahaha. Kalau boleh, saya memang tidak mahu. Itu sebenarnya perkara paling saya takut.
“Namun, saya tidak mahu letakkan syarat kerana takut perkara itu pula berlaku kepada saya. Kita tidak tahu dugaan Allah. Kadang-kadang kita nampak seseorang dan fikir dia mampu menerima segala tanggungjawab, tetapi akhirnya baru tahu dia lelaki orang, malah sudah mempunyai dua isteri.
“Tetapi ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya Allah aturkan. Kalau tiba-tiba masa depan saya dipinang lelaki milik orang, saya sendiri pun takut. Buat masa ini, saya tiada sesiapa,” ujarnya.
Lelaki Pilihan Perlu Terima Tujuh Anak
Rebecca turut menjelaskan bahawa lelaki yang ingin mendekatinya bukan sahaja perlu menambat hatinya, malah perlu bersedia menerima dirinya bersama tujuh orang anak serta segala komitmen yang datang bersama kehidupan mereka.
“Sekarang saya mahu bina semula kehidupan sempurna untuk diri sendiri dan anak-anak dahulu. Kalau ditakdirkan ada seseorang datang mendekati, saya akan lihat dahulu.
Katanya, tanggungjawab yang perlu dipikul bukan kecil kerana melibatkan keperluan anak-anak termasuk perbelanjaan dan persekolahan.
“Kalau sedap mata memandang, dia boleh menerima anak-anak dan mampu menerima tujuh anak saya, kenapa tidak? Dia perlu ingat, tujuh ‘luggage’ saya ditambah seorang ibu, jadi lapan semuanya.
“Komitmennya agak besar, termasuk dari segi perbelanjaan dan persekolahan. Jadi, saya rasa lelaki yang betul-betul mahu mendekati saya pun mungkin akan rasa takut,” luahnya.
Stabil Antara Ciri Lelaki Pilihan
Beralih mengenai ciri lelaki yang menjadi pilihannya, Rebecca mengakui penampilan merupakan antara perkara pertama yang menarik perhatiannya.
Selain itu, dia turut mementingkan kestabilan hidup serta kemampuan seseorang lelaki menguruskan tanggungjawab.
“Nombor satu, mestilah sedap mata memandang. Nombor dua, dia kena stabil. Bukan sebab apa, saya akan menjadi satu masalah jika dia sendiri tidak stabil.
Rebecca berkata, dia kini sedang berusaha membina kehidupan yang lebih baik bersama anak-anak dan tidak mahu kehadiran individu baharu menambahkan masalah dalam kehidupannya.
“Saya sedang berusaha membina semula ‘kerajaan’ saya. Kalau tiba-tiba hadir seseorang membawa masalah pula, kehidupan saya mungkin bertambah rumit. Bak kata orang, keluar dari mulut buaya, masuk pula ke mulut singa,” jelasnya.
Terdahulu, Rebecca mendirikan rumah tangga dengan Datuk Norazam Datuk Haji Sulaiman pada 14 Januari 2011.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Anak Angkat Rizalman Ibrahim Kemalangan, Terperosok Bawah Lori Ais
The post “Kalau Boleh, Jangan Suami Orang” – Rebecca Nur Al Islam Akui Ada Jejaka Yang Mendekati Usai Cerai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




![“Sejuk Perut Mama”- Wanita Terharu Lihat Anak Lelaki Bangun Sebelum Subuh Untuk Solat Tahajud & Baca Al-Quran [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/kanak-kanak-baca-al-Quran-1.jpg?t=1787541855)

