“Sejuk Perut Mama”- Wanita Terharu Lihat Anak Lelaki Bangun Sebelum Subuh Untuk Solat Tahajud & Baca Al-Quran [Video]

Family & ParentingLifestyle
21 Aug 2026 • 4:47 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap ibu bapa yang mempunyai anak pastinya memiliki harapan yang besar buat anak tercinta. Bukan sahaja berjaya dalam pelajaran tetapi menjadi umat Islam yang soleh dan patuh pada setiap arahan Yang Maha Esa.

Ibu terharu lihat anak bangun awal pagi solat Tahajud dan baca al-Quran

Baru-baru ini seorang kanak-kanak lelaki, Ruzain menjadi perhatian apabila membuatkan si ibu berasa terharu kerana sanggup bangun pada awal pagi sebelum subuh untuk membaca al-Quran.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Dayang Syafinaz di Threads, kelihatan Ruzain sedang berada di sebuah meja sambil membaca al-Quran.

Siap mandi untuk solat Tahajud sebelum baca al-Quran

Menurut si ibu, awalnya dia bangun untuk melakukan solat Tahajud sebelum menyedari anak lelakinya itu sudah bangun dan mandi.

Bahkan Ruzain turut melakukan solat Tahjud sebelum mula membaca al-Quran.

“Bangun nak Tahajud, tengok si abang (Ruzain) ni dah bangun dulu sebelum kita, siap mandi, tahajud dan sekarang tengah baca al-Quran.

“Sejuk beku perut mama Ujen (Ruzain),” kata Dayang dalam hantaran itu.

Selalu ‘tebuk’ ayat al-Quran bila ada waktu terluang

Dalam satu lagi hantaran, Dayang turut memaklumkan apabila ada waktu terluang mereka akan bermain teka-teki atau ‘tebuk’ untuk membaca al-Quran selepas Isyak bersama-sama.

Menerusi video itu, kelihatan si abang membaca suruh yang dihafal sambil memeluk al-Quran manakala ayah pula akan memeriksa bacaannya itu.

Ramai puji dan doakan jadi anak yang soleh

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji kanak-kanak lelaki itu yang rajin untuk bangun awal pagi dan membaca al-Quran.

Bahkan ramai yang mendoakan agar dia membesar menjadi anak yang soleh.

Malah ada yang berpendapat kanak-kanak itu adalah ‘kekayaan’ sebenar buat ibu bapa.

“Ya Allah, ajarkanlah kepadanya Al-Quran dan fahamkanlah dia dalam agama”

Image from: “Sejuk Perut Mama”- Wanita Terharu Lihat Anak Lelaki Bangun Sebelum Subuh Untuk Solat Tahajud & Baca Al-Quran [Video]

“Anak saya 7 tahun baru belajar solat. Setiap kali balik KAFA muka ceria dan bangga. ‘Hari ni cikgu suruh jadi imam, lepas solat semua kawan-kawan datang salam Aqi'”

Image from: “Sejuk Perut Mama”- Wanita Terharu Lihat Anak Lelaki Bangun Sebelum Subuh Untuk Solat Tahajud & Baca Al-Quran [Video]

“Untuk ibu ayah, inilah kekayaan yang sebenarnya”

Image from: “Sejuk Perut Mama”- Wanita Terharu Lihat Anak Lelaki Bangun Sebelum Subuh Untuk Solat Tahajud & Baca Al-Quran [Video]

“MasyaAllah, sejuk hati tengok. Hebat betul didikan puan. Semoga Allah jadikan anak yang soleh, penyejuk hati buat mak ayah”

Image from: “Sejuk Perut Mama”- Wanita Terharu Lihat Anak Lelaki Bangun Sebelum Subuh Untuk Solat Tahajud & Baca Al-Quran [Video]
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved