“Kalau Dah Jodoh, Tiada Siapa Boleh Halang” – Emma Maembong

EntertainmentLifestyle
13 Aug 2025 • 3:16 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia emma Maembong

Pelakon jelita, Emma Maembong menegaskan status ibu tunggal tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk wanita kembali bercinta atau berkahwin, walaupun dengan lelaki bujang.

Menurut laporan xtra, Emma berkata fenomena ini sudah semakin biasa dalam masyarakat dan tidak asing lagi termasuklah dalam kalangan selebriti.

Sekarang, kita boleh lihat ramai ibu tunggal berkahwin dengan lelaki bujang. Bukan setakat orang biasa, artis pun ada.

Memang pada awalnya akan ada yang bercakap atau mengkritik, tetapi lama-kelamaan mereka akan diam.

Cinta tak kenal bezanya umur

image is not available

Emma turut mempersoalkan persepsi masyarakat yang sering memandang serong jika wanita lebih berusia berkahwin dengan lelaki lebih muda.

Kalau lelaki tua berkahwin dengan wanita muda, orang tak kisah pun. Tapi bila wanita lebih tua kahwin dengan lelaki muda, terus dipandang pelik.

Bagi saya, kalau sudah jodoh, tak ada siapa yang boleh halang. Cinta itu buta umur.

Emma Maembong dan DJ Kidd bercinta?

image is not available

Sebelum ini, Emma Maembong dilihat hadir bersama deejay kelab malam, DJ Kidd di acara Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025).

Kemunculan mereka bersama bukan saja mencuri perhatian, malah turut mengundang pelbagai spekulasi memandangkan sebelum ini pernah dikaitkan dengan hubungan istimewa.

Pssttt! Jangan menilai bahagia orang lain dengan kaca mata kita. Cinta yang ikhlas tak kenal status, umur, atau pandangan orang sekeliling.

Kredit: xtra
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.