'Kalau lambat, mungkin budak itu mati’

13 Oct 2026 • 12:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Kalau lambat, mungkin budak itu mati’
Abdullah menunjukkan lokasi kanak-kanak berusia tujuh tahun yang diserang anjing liar pada petang Isnin.
Image from: 'Kalau lambat, mungkin budak itu mati’
Anjing berkeliaran di kawasan taman permainan di Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai, Iskandar Puteri ketika tinjauan dilakukan pada pagi Selasa.
Image from: 'Kalau lambat, mungkin budak itu mati’
Abdullah menjukkan kesan darah akibat gigitan anjing liar terhadap seorang remaja lelaki pada awal pagi Isnin.

ISKANDAR PUTERI - “Saya fikir, kalau lambat 10 minit, mati budak itu,"

Demikian kata penduduk, Abdullah Md Noh,73, yang bertindak menghalau sekumpulan anjing liar menggunakan batu bagi menyelamatkan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang diserang haiwan berkenaan di Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai di sini pada Isnin.

Pesara itu memberitahu, dia kebetulan membawa cucunya pada kira-kira jam 3 petang untuk membeli makanan ringan sebelum terdengar jeritan kanak-kanak itu.

Menurutnya, dia melihat mangsa sudah terbaring dikerumuni anjing sebelum mengambil batu untuk menghalau haiwan terbabit.

“Saya nampak budak itu sudah dikerumuni anjing. Saya terus ambil batu dan halau, barulah anjing itu lari.

“Kalau tidak diselamatkan, mungkin dalam 10 minit lagi budak itu boleh mati,” katanya.

**media[3676572]**

Dia memberitahu, selepas anjing berkenaan beredar, datuk mangsa datang membawa kanak-kanak itu pergi mendapatkan rawatan.

Lebih membimbangkan katanya, seorang lagi remaja lelaki dilaporkan turut digigit anjing liar di kawasan sama pada awal pagi hari kejadian.

Abdullah berkata, penduduk sudah lama berdepan masalah anjing liar yang berkeliaran di kawasan perumahan dan deretan kedai berdekatan.

"Walaupun tindakan menangkap anjing pernah dilakukan, tapi haiwan itu masih ada berkeliaran di kawasan itu.

“Memang kami (penduduk) risau. Ramai budak kecil, ada yang berusia setahun dua, bermain di taman perumahan ini.

" Kalau boleh, saya minta pihak berkenaan ambil tindakan banteras anjing liar ini supaya kejadian sama tidak berulang,” katanya.

**media[3676571]**

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved