
PETALING JAYA – Keadaan sebuah rumah yang dipenuhi timbunan sampah sehingga hampir menutupi ruang kediaman mengundang rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai.
Menerusi perkongsian tular di Threads oleh pengguna @Wakluhhhhh, rakaman menunjukkan bahagian hadapan sebuah rumah dipenuhi pelbagai barangan dan sampah yang bertimbun.
Lebih mencuri perhatian, timbunan berkenaan bukan sahaja memenuhi kawasan halaman, malah kelihatan turut memenuhi bahagian tingkat atas kediaman tersebut.
“Kalau mati, dah tak ada beza bau bangkai manusia dengan sampah,” ujarnya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kebimbangan terhadap keadaan rumah berkenaan, terutama kesannya kepada jiran di kawasan sekitar.
Seorang pengguna, @Qaseh_norah mempersoalkan bagaimana penduduk bersebelahan mampu berdepan dengan bau serta keadaan persekitaran tersebut.
“Hairan, jiran-jiran sebelah-menyebelah boleh tahan dengan bau dan keadaan yang kotor. Tak bertindak buat laporan ke?” katanya.
Sementara itu, pengguna @_Dnsdenisayn pula berpendapat keadaan tersebut berkemungkinan berkaitan dengan hoarding disorder atau gangguan penimbunan.
“Hoarding disorder ini gangguan mental yang menyebabkan seseorang sukar berpisah dengan barang miliknya,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Kalau mati, tak boleh beza bau bangkai dengan sampah’ appeared first on Kosmo Online.


![Baru Duduk 8 Bulan, Penyewa Biarkan Rumah Cantik Jadi Kotor & Dipenuhi Sampah-Sarap [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/rumah-dipenuhi-sampah-5.jpg?t=1787562742)

![[VIDEO] ‘Berkali-kali lompat depan rumah, atas kereta, ada yang berdendam ke?’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-23-at-10.44.39-PM-1024x766.jpeg)