Kalau perlukan wang, jangan memilih kerja dan delusional – Jasmine Suraya

13 Aug 2026 • 4:35 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kalau perlukan wang, jangan memilih kerja dan delusional – Jasmine Suraya

PETALING JAYA – Ekonomi semakin mencabar, pelakon Jasmine Suraya menasihatkan individu yang berdepan masalah kewangan jangan terlalu memilih pekerjaan, sebaliknya merebut setiap peluang yang bersesuaian dengan kemahiran dimiliki.

Jasmine atau nama lengkapnya Jasmine Suraya Chin, 36, berkata, dalam keadaan yang memerlukan pendapatan segera, seseorang sepatutnya memanfaatkan sebanyak mungkin peluang dengan pantas.

“Ada beberapa kawan yang terdesak memerlukan wang bertanya kepada saya sama ada pekerjaan tertentu sesuai untuk mereka sebelum mereka memohon.

“Saya beritahu mereka, kalau wang diperlukan sekarang, kamu sepatutnya memohon setiap pekerjaan yang sedikit sebanyak bersesuaian dengan apa yang kamu boleh tawarkan.

“Pada masa sama, mohon juga pekerjaan yang kamu sukai,” katanya menerusi perkongsian di platform Threads.

Pelakon filem Paskal itu berkata, orang ramai perlu sedar pasaran pekerjaan ketika ini bukanlah sesuatu yang mudah sehingga beranggapan mereka mempunyai banyak pilihan untuk memilih pekerjaan yang diinginkan.

Akuinya, sikap terlalu memilih ketika mencari pekerjaan boleh mengakibatkan individu boleh terlepas peluang memperoleh pendapatan hanya disebabkan sikap cerewet.

“Pasaran pekerjaan sangat sukar sekarang. Kamu sebenarnya delusional (berangan) kalau berfikir mempunyai terlalu banyak pilihan untuk dipilih,” ujarnya.

Pandangan tersebut dilihat sebagai teguran terbuka Jasmine kepada mereka yang masih teragak-agak untuk memohon pekerjaan tertentu hanya kerana merasakan pekerjaan berkenaan tidak menepati kehendak atau cita rasa.

Dalam masa sama, nasihatnya turut membawa mesej bahawa mendapatkan pekerjaan tidak semestinya bermaksud seseorang perlu terus mengejar pekerjaan impian, sebaliknya boleh bermula dengan peluang untuk berkembang.

Jasmine kini masih tinggal di Los Angeles, Amerika Syarikat selepas menamatkan pengajian di akademi perfileman, Lee Strasberg Theatre and Film Institute tahun lalu.

Begitupun, baru-baru ini dia pulang ke tanah air bagi memperuntukkan masa cuti bersama keluarga serta rakan rapat. – KOSMO! ONLINE

The post Kalau perlukan wang, jangan memilih kerja dan delusional – Jasmine Suraya appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved