“Kalaulah saya tahu itu pertemuan terakhir…” – Syed Saddiq Luah Rasa Sedih Pemergian Tun Dr Siti Hasmah

LocalPolitics
28 Sep 2026 • 12:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 09 28T120838.418

Pertemuan selama dua jam yang disangkakan sekadar sembang santai rupanya menjadi memori dan pesanan terakhir yang amat bernilai.

Melalui satu hantaran tersentuh hati di media sosial, Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Abdul Rahman meluahkan rasa sedih dan terkejut atas pemergian tokoh terkemuka yang disapa mesra sebagai ‘Tun’.

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Menurut Syed Saddiq, tiada sebarang petanda bahawa pertemuan mereka baru-baru ini merupakan perjumpaan terakhir. Allahyarhamah melayan mereka dengan penuh mesra, gelak tawa, serta sempat menyelitkan pesanan bermakna buat beliau dan pasangannya, Bella Astillah.

“Tiada apa-apa mengenai hari itu yang terasa seperti satu perpisahan. Kalaulah saya tahu itu pertemuan terakhir kita, saya berharap dua jam itu akan berkekalan selamanya,” luahnya.

Dalam pertemuan mesra itu, Allahyarhamah bukan sahaja berkongsi cerita dan jenaka, malah sempat memberikan nasihat mendalam mengenai alam rumah tangga, kekeluargaan, dan kehidupan. Syed Saddiq menyifatkan almarhumah sebagai seorang figura yang amat baik, kelakar, mesra, dan sarat dengan hikmah kehidupan.

Rasa kehilangan itu diakui amat berat untuk diterima apabila khabar duka pemergiannya diterima secara tiba-tiba.

“Dan hari ini, Tun sudah tiada. Saya benar-benar masih tidak mampu menghadamnya. Saya sayang Tun, melebihi apa yang alam semesta ini mampu tahu. Hati saya hancur.

Sebahagian daripada diri saya masih enggan percaya bahawa Tun sudah tiada lagi di sini,” tambah Syed Saddiq.

Lebih menyedihkan, Syed Saddiq dan Bella Astillah meluahkan rasa terkilan kerana tidak sempat memenuhi hajat Allahyarhamah untuk hadir menyaksikan hari bahagia mereka kelak. Walau bagaimanapun, beliau berjanji akan memegang erat setiap nasihat dan amanah yang telah ditinggalkan.

Sambil melepaskan pemergian itu dengan penuh keredaan atas ketentuan Ilahi, beliau mengakhiri hantarannya dengan ucapan terima kasih atas kenangan indah yang ditinggalkan serta doa agar roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved