“Berhenti Berbohong Kepada Media Dan Jumpa Anak-Anak Seperti Yang Dicanang” – Bekas Suami Zahnita Wilson

Family & Parenting
13 Aug 2026 • 4:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Bekas suami kepada pelakon dan model Zahnita Wilson, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor mendakwa bekas isterinya sudah tiga bulan tidak bertemu empat cahaya mata mereka yang kini berada di bawah jagaannya.

Zackery, 48, mendakwa beberapa kenyataan Zahnita mengenai hubungannya dengan anak-anak dalam temu bual media baru-baru ini tidak menggambarkan situasi sebenar.

Advertisement

Anak bongsu dikatakan sering mencari ibu

Menurut Zackery, perkara yang paling membimbangkannya adalah keadaan anak bongsu mereka, Abd Zayden Ghouse, 5, yang mempunyai autisme dan didakwa sering mencari ibunya.

d

“Sudah tiga bulan dia tidak menjenguk anak. Anak saya yang berusia lima tahun itu langsung tidak berjumpa dengan ibunya dalam tempoh berkenaan.

“Dia memerlukan lebih perhatian kerana autisme dan selalu mencari ibunya. Therapist juga pernah bertanya kerana dia kerap bertanyakan tentang ibu ketika sesi terapi.

“Menurut therapist, tidak elok jika mereka berjauhan terlalu lama kerana ia boleh menjejaskan keadaan emosinya.”

Zackery turut mendakwa Zahnita ada menghubungi anak kedua mereka, Zasharayna Ghouse, namun panggilan berkenaan tidak dilakukan secara video.

“Kalau dengar kenyataan dia kepada media, dia kata ada berjumpa setiap bulan. Dia juga ada cakap tiga minggu lalu ada berjumpa, tetapi memang tidak ada. Kali terakhir mereka berjumpa adalah pada hujung Mei.”

“Saya tidak pernah halang”

Dalam pada itu, Zackery meminta Zahnita lebih berhati-hati ketika membuat kenyataan mengenai anak-anak kerana bimbang mereka sendiri akan melihat video tersebut dan terkesan secara emosi.

Dia turut menegaskan tidak pernah menghalang bekas isterinya daripada bertemu atau berhubung dengan anak-anak.

“Dia kena jaga apa yang dia cakap sebab anak-anak boleh tengok video dia. Saya takut mereka terasa hati. Sebulan sekali pun okey. Saya tidak pernah halang. Kuantan dengan Kuala Lumpur pun bukan jauh mana.”

Dakwa kenyataan Zahnita bercanggah

Zackery turut mempersoalkan kenyataan Zahnita yang menyifatkan dirinya sebagai individu terbaik untuk menjaga anak-anak kerana mendakwa bekas isterinya pernah memberikan kenyataan berbeza sebelum ini.

“Saya Kini Dalam Fasa Bahagia” – Zahnita Wilson Sah Bertunang, Ulas Bab Penjagaan Anak

“Dia ada cakap saya terbaik untuk jaga anak-anak, tetapi dulu dia cakap sebaliknya. Jadi, makin lama makin banyak pembohongan.

“Jangan tutup kesalahan sendiri tetapi gunakan anak. Cuma mahu nampak baik di depan orang, tetapi yang terasa adalah anak-anak. Saya yang perlu berdepan dengan emosi mereka.

“Saya cuma mahu dia berhenti berbohong dan berada di sisi mereka seperti yang dikatakan kepada media. Itu sudah cukup bagus.”

Sebelum ini, Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Doroty Hussein Wilson, 41, dilaporkan berkata kali terakhir dia bertemu anak-anak adalah kira-kira tiga minggu lalu.

Untuk rekod, Zahnita dan Zackery mendirikan rumah tangga pada 2005 sebelum berpisah pada Ogos 2025.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, Zasharayna Ghouse, Zahlia Syawwal dan Abd Zayden Ghouse.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Berhenti Berbohong Kepada Media Dan Jumpa Anak-Anak Seperti Yang Dicanang” – Bekas Suami Zahnita Wilson2026-07-29 12:01:13

"Saya Nak 'Clear' Nama Saya" - Bekas Suami Zahnita Muat Naik Perintah Mahkamah Syariah, Dakwa Dapat Hak Penjagaan Penuh Anak

The post “Berhenti Berbohong Kepada Media Dan Jumpa Anak-Anak Seperti Yang Dicanang” – Bekas Suami Zahnita Wilson first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved