“Kami Dah Ada Janji...,” Detik Terakhir Mangsa Nahas Helikopter Buat Ramai Sayu

9 Sep 2026 • 11:47 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

“Kami Dah Ada Janji...,” Detik Terakhir Mangsa Nahas Helikopter Buat Ramai Sayu

Betapa singkatnya hidup ini. Setiap detik yang kita lalui akhirnya membawa kita semakin dekat kepada kematian yang telah ditetapkan.

Justeru, sentiasalah berbuat baik kepada semua orang dan terus berbakti kepada masyarakat selagi masih diberi kesempatan.

Semalam, negara berduka dengan pemergian seorang juruterbang dan empat petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang disahkan maut selepas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara dinaiki mereka terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak.

Dalam perjalanan menunaikan tugas memberikan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat pedalaman, jasa dan pengorbanan mereka tidak ternilai.

Selain itu, beberapa pengguna media sosial turut berkongsi mengenai kebaikan serta saat-saat terakhir bersama mangsa.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Helena YG, mangsa sempat singgah di kedai runcit milik bapanya sebelum meneruskan perjalanan ke Long Lellang.

Malah, salah seorang petugas kesihatan sempat berbual dengan ibu Helena sebelum mereka berlepas.

Mangsa nahas helikopter

Perbualan ringkas itu memperlihatkan dedikasi mereka dalam menjalankan amanah untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat walaupun berdepan keadaan yang mencabar.

Baca juga:

"Di sinilah persinggahan terakhir mereka untuk berehat (kedai runcit bapa saya) Di Long Siut, sebelum berlepas ke Long Lellang hari ini.

"​Sambil menikmati air kelapa tin sementara menunggu juruterbang mengisi minyak helikopter, sempat salah seorang anggota pasukan perubatan berbual dengan mak saya.

"Doktor: "Aunti, teruk betul cuaca jerebu sekarang..."

"Mak: "Yalah nak, tapi kenapa tetap meneruskan perjalanan kalau cuaca teruk macam ni? Kenapa tak pergi hari lain saja?"

"Doktor: "Tak dapat aunti, kami dah ada janji dengan orang di sana," kongsi Helena.

Perkongsian itu membuatkan orang ramai merasa sebak dan dalam masa yang sama mendoakan kesemua mangsa.

Image from: “Kami Dah Ada Janji...,” Detik Terakhir Mangsa Nahas Helikopter Buat Ramai Sayu
Kredit: Helena YG

"Salam takziah pengorbanan anda semua tetap dikenang oleh semua masyarakat."

"Mereka bergadai nyawa untuk berkhidmat kepada masyarakat. Salam takziah kepada semua."

"Mesti auntie terasa sedih sangat, sebab sebelum kejadian ada jumpa dan sembang dengan mangsa kan."

"Saya tak kenal mereka.. Tapi dari semalam berharap mereka selamat. Pagi ni baca berita mereka dah tiada.... Luluh hati saya... Tak dapat bayangkan perasaan keluarga mereka."

Terdahulu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata helikopter yang berlepas dari Miri itu dikendalikan seorang juruterbang dan membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) serta dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi.

Dalam pada itu, Residen Bahagian Miri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri Galong Luang mengesahkan kesemua lima individu di dalam helikopter itu meninggal dunia dalam kejadian kira-kira 3.40 petang semalam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved