
PETALING JAYA – “Kami di Deurali semua baik-baik, ramai rakyat Malaysia di sini.”
Demikian perkongsian seorang rakyat Malaysia, Muhammad Hafizal Hamidon menerusi Threads hari ini yang memaklumkan keadaan kumpulannya ketika berada di Deurali, salah satu lokasi dalam laluan pendakian ke Annapurna Base Camp (ABC), Nepal.
Menerusi perkongsian tersebut, Muhammad Hafizal memaklumkan keadaan mereka selamat dan berada dalam situasi yang baik meskipun perkembangan mengenai banjir serta cuaca buruk di beberapa kawasan Nepal ketika ini menimbulkan kebimbangan keluarga di Malaysia.
“27 Ogos 2026. Kami di Deurali, trek (laluan) Annapurna Base Camp, Nepal. Alhamdulillah semua baik-baik di sini.
“Doakan kami selamat sampai di Annapurna Base Camp hari ini. Ramai orang Malaysia di sini,” katanya.
Perkongsian berkenaan turut memberi sedikit kelegaan kepada rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan situasi di Nepal, khususnya mereka yang mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang sedang berada di negara berkenaan. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Kami di Deurali semua baik-baik, ramai rakyat Malaysia di sini’ appeared first on Kosmo Digital.






